POLITICS
Peruntukan meningkat, kerajaan tidak pinggir negeri pembangkang – Fahmi

Fahmi bercakap pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, pada Khamis. - Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah meminggirkan mana-mana negeri termasuk yang ditadbir pihak pembangkang dalam aspek pemberian peruntukan.
Ringkasan AI
- Kerajaan tidak meminggirkan negeri pembangkang dalam pemberian peruntukan, dengan peningkatan ketara jumlah peruntukan pada tahun 2024.
- Terengganu menerima RM2 bilion pada tahun 2024 berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya.
- Bantuan disampaikan tanpa mengira latar belakang politik, menekankan keadilan sosial dan pembangunan seimbang.
“Sebagai contoh, bagi Terengganu, jumlah peruntukan meningkat secara mendadak kepada RM2 bilion pada tahun 2024 berbanding RM1.57 bilion pada tahun sebelumnya,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri, di sini, pada Khamis.
Beliau menambah, kerajaan kekal berpegang kepada prinsip, pembangunan rakyat perlu diberi keutamaan tanpa mengira latar belakang politik pentadbiran sesebuah negeri.
“Penegasan Perdana Menteri ialah di mana bantuan perlu disampaikan, maka di situlah bantuan itu akan tiba, insya-Allah. Kita tidak akan mengetepikan mana-mana negeri hanya kerana ia diperintah oleh parti politik yang berbeza,” ujarnya.
Beliau turut menyifatkan peningkatan peruntukan itu sebagai bukti kesungguhan Kerajaan Madani dalam merealisasikan prinsip keadilan sosial dan pembangunan seimbang di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan sambutan Aidilfitri Madani di Kuantan, Pahang dan Bachok, Kelantan baru-baru ini turut menyentuh perkara sama bagi menepis persepsi kononnya negeri pembangkang dipinggirkan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami