awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perwakilan Johor tidak akan ambil bahagian perbahasan Perhimpunan Agung UMNO

Bernama
Bernama
15/03/2022
12:18 MYT
Perwakilan Johor tidak akan ambil bahagian perbahasan Perhimpunan Agung UMNO
Perhimpunan Agung UMNO 2021 berlangsung empat hari bermula 16 Mac secara bersemuka, dijangka dihadiri 5,571 perwakilan daripada 191 bahagian di seluruh negara. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Perwakilan Johor dijangka tidak akan mengambil bahagian dalam sebarang perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO yang bermula esok di Kuala Lumpur, susulan pelantikan Menteri Besar Johor yang baharu.
Difahamkan dalam pertemuan bersama pemimpin-pemimpin UMNO Johor termasuk ketua-ketua bahagian di kediaman rasmi Menteri Besar di Saujana malam tadi, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor Datuk Hasni Mohammad telah meminta agar ahli UMNO tidak memanjangkan isu berkenaan.
"Sebaliknya, beliau (Hasni) berjiwa besar. Beliau juga tidak mahu perkara ini dibesar-besarkan," kata sumber kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
Menurut sumber itu lagi, Hasni juga mahu menghalang usaha segelintir perwakilan UMNO Johor yang mahu menolak pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Menteri Besar Johor ke-19.
Difahamkan, perjumpaan di Saujana semalam bermula seawal pukul 9 malam dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi, dengan mereka yang hadir menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Hasni.
Onn Hafiz, 43, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Machap, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-19 di Istana Bukit Serene petang ini, mengambil alih jawatan itu daripada Hasni.
Sebelum ini, Hasni telah dinamakan sebagai calon tunggal Menteri Besar oleh Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
BACA: Calon MB Johor: Hasni beri laluan kepada orang muda
VIDEO: Ahmad Zahid akan kemuka Hasni Mohammad sebagai calon MB
Pada PRN Sabtu lepas, BN memperoleh mandat besar iaitu 40 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, sekali gus mempunyai kedudukan selesa membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun, selepas tiga hari kemenangan BN dirai, tiada petunjuk jelas sama ada Hasni akan kembali menerajui kerajaan negeri, sehingga muncul khabar angin mengaitkan nama Onn Hafiz dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi dengan jawatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Menteri Besar Johor
#UMNO Johor
#Perhimpunan Agung UMNO
#Hasni Mohammad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan