awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peter Anthony hilang kelayakan sebagai ADUN Melalap secara automatik selepas tempoh 14 hari - Speaker

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2025
06:15 MYT
Peter Anthony hilang kelayakan sebagai ADUN Melalap secara automatik selepas tempoh 14 hari - Speaker
Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, mengadakan sidang media hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap hanya akan dikosongkan secara automatik selepas 14 hari sekiranya penyandangnya, Datuk Peter Anthony, tidak menggunakan sebarang jalan perundangan yang tersedia.

Ringkasan AI
  • Kerusi DUN Melalap akan dikosongkan secara automatik selepas 14 hari jika Datuk Peter Anthony tidak menggunakan jalan perundangan yang tersedia, selepas rayuannya ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
  • Perkara 17(1)(e) Perlembagaan Negeri Sabah menyatakan bahawa ADUN yang disabitkan kesalahan dan dihukum penjara tidak kurang setahun atau denda tidak kurang RM2,000 akan hilang kelayakan.
  • Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan kerana tempoh sebelum Pilihan Raya Negeri (PRN) hanya tinggal sekitar dua bulan.

Speaker DUN Sabah, Datuk Seri Kadzim M Yahya berkata, pihaknya mengambil maklum bahawa rayuan kes jenayah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap itu telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan.
"Dalam hal ini, perintah sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen telah dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan.
"Mengikut Perkara 17(1)(e) Perlembagaan Negeri Sabah, mana-mana Ahli Dewan Undangan yang disabitkan atas kesalahan oleh Mahkamah di Persekutuan dan dihukum penjara tidak kurang daripada setahun atau denda sebanyak tidak kurang RM2,000, akan hilang kelayakan sebagai seorang ADUN.
"Namun, peruntukan tersebut perlu dibaca bersama dengan peruntukan lain dalam Perlembagaan Negeri Sabah yang berkaitan dengan kehilangan kelayakan seorang ADUN," katanya dalam sidang akhbar di DUN Sabah, pada Rabu.
Menurutnya, status Peter sebagai ADUN Melalap akan diputuskan setelah semua peruntukan undang-undang berkaitan perkara tersebut telah dipenuhi atau digunakan sepenuhnya olehnya.
"Tempoh itu berjalan selama 14 hari bermula Selasa. Dalam tempoh ini, beliau dan peguamnya masih mempunyai peluang untuk menggunakan sepenuhnya segala jalan perundangan yang tersedia.
"Jika tiada tindakan diambil dalam tempoh tersebut, kerusi DUN Melalap akan dikosongkan serta-merta dan secara automatik selepas 14 hari," jelasnya.
Sementara itu, ditanya mengenai kemungkinan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut, Kadzim menjelaskan bahawa Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir, maka tiada keperluan untuk mengadakan PRK.
"PRK hanya diadakan sekiranya tempoh sebelum PRN adalah dua tahun atau lebih.
"Kini hanya tinggal sekitar dua bulan sebelum PRN, maka kerusi tersebut akan terus dikosongkan sehingga pilihan raya akan datang," katanya.
Untuk rekod, kerusi DUN Sungai Sibuga juga masih kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Mohamad Hamsan Awang Supain, pada Januari lalu.
Terdahulu, bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu dipenjarakan serta-merta oleh Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa kerana memalsukan dokumen berkaitan kontrak penyelenggaraan dan perkhidmatan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 2014. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Peter Anthony
#kerusi DUN Melalap
#Speaker DUN Sabah
#kekosongan kerusi
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan