awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH dicadang guna logo PKR pada PRU15

Sinar Harian
Sinar Harian
27/09/2021
03:08 MYT
PH dicadang guna logo PKR pada PRU15
Pada PRU14, logo PKR (kanan) dipersetujui bersama untuk digunakan mewakili PH sepanjang kempen dan ia mencipta sejarah dengan memenangi PRU14, kata 13 pemimpin sayap dan cabang PKR di Pahang.
KUANTAN: Seramai 13 pemimpin sayap dan cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang mencadangkan Pakatan Harapan (PH) membuat keputusan untuk menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Cadangan itu dikeluarkan dibuat melalui kenyataan bersama pada Isnin oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang, Mohd Mustaqim Abd Jalil; Ketua Wanita PKR Pahang, Barirah Mohd Mokhtar; Ketua PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chung; Ketua PKR Cabang Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad; Ketua PKR Cabang Pekan, Mohd Kamal Yusof dan Ketua PKR Cabang Rompin, Jamal Masri.
Turut sama, Ketua PKR Cabang Maran, Bostamin Bakar; Ketua PKR Cabang Bera, Bob Manolan Mohamad; Ketua PKR Cabang Kuala Krau, Mohamad Hafez Harun; Ketua PKR Cabang Bentong, M Shanmuhanathan, Ketua PKR Cabang Cameron Highlands, Tan Wei Wun; Ketua PKR Cabang Raub, G Sivanandar serta Ketua PKR Cabang Temerloh, Zulfikar Ali Ariffin.
Menurut kenyataan berkenaan, PKR percaya semua parti dalam PH bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap cadangan tersebut kerana mewakili suara akar umbi.
"Cadangan ini sebenarnya untuk merealisasikan kemenangan PH seterusnya membawa agenda reformasi yang kita impikan bersama," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu turut menyebut, PH kini sedang memperkemaskan jentera dan persiapan dari semua aspek bagi menghadapi PRU15.
"Pada PRU14 yang lalu, logo Keadilan dipersetujui bersama untuk digunakan mewakili PH sepanjang kempen dan parti gabungan itu mencipta sejarah dengan memenangi PRU14 dan berjaya membentuk kerajaan," menurut kenyataan itu.
Kata kenyataan itu, walaupun PH mempunyai logo sendiri, namun ia masih belum dikenali ramai terutama di kawasan pedalaman Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
"Jadi, memandangkan PRU15 begitu hampir, PH begitu kesuntukan masa untuk memperkenalkan logo PH dan sudah tentu akan mendatangkan risiko sekiranya logo ini diguna pakai sewaktu PRU15 nanti.
"Jika PH berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, kita mempunyai banyak masa dan peluang untuk memperkenalkan logo PH pada mana-mana PRK," katanya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#logo PKR
#PRU15
#Pakatan Harapan
#PKR Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan