awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/12/2020
10:44 MYT
PH Perak setuju kerjasama secara 'en bloc'
Asmuni menegaskan, keutamaan mereka adalah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
IPOH:Pakatan Harapan (PH) Perak menegaskan hanya akan bekerjasama dengan mana-mana parti untuk membentuk kerajaan negeri itu secara en bloc.
Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak, Datuk Asmuni Awi berkata, ia bermakna jika ada mana-mana parti komponen PH tidak diterima, maka mereka tidak akan menyertai kerjasama baharu itu.
Katanya, persetujuan itu dibuat secara konsensus pemimpin PH Perak sebelum mereka menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah pada Sabtu.
"(Jika tidak) Ia tidak akan menjadikan kerajaan itu sebagai sebuah kerajaan yang kuat. Katalah ada kerusi UMNO, kemudian DAP dikeluarkan... yang tinggal hanya Amanah dan PKR, jumlah keseluruhan kerusi hanya 33.
"Ini sangat fragile. Lebih kurang kerajaan lama juga. Kalau ada satu pihak di situ merajuk maka kerajaan itu tidak kekal lama dan akan runtuh balik.
"Jadi apa pandangan rakyat pada masa itu? Kita nak elakkan pandangan dan persepsi negatif rakyat kepada ahli politik," katanya.
BACA: LAPOR LANGSUNG: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
Beliau berkata demikian ketika ditemui di kediamannya di Ipoh pada Ahad sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menolak kemungkinan untuk membentuk jajaran baharu politik di negeri Perak.
Mengulas lanjut, Asmuni menegaskan, keutamaan mereka adalah membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, katanya demi kepentingan rakyat, mereka bersedia untuk bekerjasama dengan parti lain untuk membentuk kerajaan yang stabil sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya umum akan datang.
"Walaupun kita tahu bahawa sejarahnya PH ini tidak pernah baik dengan UMNO, tetapi demi untuk kepentingan rakyat dan juga melihat kepada keadaan negara sekarang ini yang dilanda COVID-19... yang mana yang menjadi mangsa adalah rakyat sendiri.
"Maka kita ketepikan ego politik masing-masing untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil, kuat dan membela kepentingan rakyat. Itu sebenarnya tujuan kita untuk bekerjasama dengan semua pihak," katanya.
Asmuni berkata, kesediaan mereka untuk bekerjasama tidak semestinya dengan UMNO sahaja tetapi juga parti atau pihak lain yang boleh memberi kelebihan kepada rakyat.
Topic Berkaitan
#politik perak
#en bloc
#PH
#PN
#Amanah Perak
#Asmuni Awi
#UMNO
#Bersatu
#kerajaan baharu
#bentuk kerajaan
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan