Pakatan Harapan (PH) perlu kurangkan berpolitik jika tidak mahu hilang keyakinan dan kepercayaan daripada rakyat.
Pengerusi Majlis Kepimpinan PH Selangor, Amirudin Shari berkata sebaliknya PH perlu bekerja keras dalam memenuhi kehendak rakyat agar mandat yang diberikan oleh rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 dapat dikekalkan pada PRU akan datang.
"Kita kena buktikan kita lebih baik dari kerajaan terdahulu, dan bukan berpolitik sepanjang masa. Kita kena ingat apa aspirasi dan cita-cita rakyat kepada kita, apa janji yang kita tawarkan, apa harapan yang kita tawarkan pada PRU lepas.
"Elakkan politiking keterlaluan, kita mesti kerja keras untuk capai hasrat dan impian rakyat, agenda reformasi terhadap institusi kerajaan, agenda pendidikan dan agenda kesihatan kita kena buat bersungguh-sungguh agar mandat yang kita dapat pada PRU yang lepas dapat dikekalkan," katanya pada Majlis Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Wanita PKR Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita PKR, Haniza Mohamed Talha dan Ketua Wanita PKR Selangor Dr Doroyah Alwi.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor turut menyeru agar semua pemimpin dan ahli PH Selangor terus bekerja keras untuk mempertahankan kedudukan sebagai kerajaan negeri.
"Kedudukan PH Selangor dalam keadaan baik dan perlu dipertahankan. Sejak 10 pentadbiran di negeri ini, kita semakin kukuh bertapak.
"Selangor adalah pusat penting dalam konteks politik nasional," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 25 2019

AMIRUDIN: Kita kena buktikan kita lebih baik dari kerajaan terdahulu, dan bukan berpolitik sepanjang masa. - Foto BERNAMA

COVID-19 | Rakyat Amerika dinasihat tidak memasuki Malaysia
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menasihati rakyat negara itu untuk tidak melakukan perjalanan ke Malaysia. Saranan itu dilakukan setelah menilai situasi pandemik COVID-19 di Malaysia yang dicatatkan pada 'paras empat' yang menandakan kadar penularan di negara ini berada pada tahap tertinggi.

Hari Bumi 2021 | Tingkat kesedaran dalam menjaga bumi
Setiap pandemik yang mengancam nyawa manusia mempunyai vaksin bagi mengelak kehilangan nyawa, namun tidak bagi perubahan iklim.

Hari Bumi 2021 | Cara unik rai Hari Bumi
Sempena Hari Bumi, seorang artis dari China mengenakan gaun yang diperbuat daripada blon berwarna merah bagi menarik perhatian umum.

COVID-19 | Johor tutup tiga lagi sekolah
Johor menutup tiga lagi sekolah pada Khamis. Ia menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri itu akibat penularan wabak COVID-19 sebanyak 20 sekolah.

Segerakan RUU menghendap sebagai kesalahan jenayah
Pelbagai pihak terus mendesak kerajaan supaya menyegerakan penggubalan rang undang-undang berhubung 'stalking' atau perbuatan menghendap sebagai satu kesalahan jenayah.

Kesalahan Menghendap | Undang-undang sedia ada tidak cukup perlindungan
Peguam, Renuga Ramayah berkata, undang-undang sedia ada tidak cukup memberi perlindungan, melainkan mangsa mengalami kecederaan.

Vaksin COVID-19 | Skuad Harimau Malaya tidak potong giliran - FAM
Barisan pemain skuad kebangsaan dan pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak memotong giliran ketika menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Dewan Seri Seroja di Putrajaya, Isnin lepas. Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, kesemua 39 pemain dan baki penerima vaksin selebihnya telah mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.

Rel Berkembar | Projek Landasan Elektrik Gemas-JB 75 peratus siap
Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru sudah 75 peratus siap. Ketua Pegawai Eksekutif YTL Construction Rail Division, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz berkata, pembinaan projek itu setakat ini mengikut jadual dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Anak Keempat | TMJ dan Che Puan Khaleeda timang puteri kedua
Isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Che' Puan Khaleeda Bustamam selamat melahirkan cahaya mata keempat pada Rabu. Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan puteri kedua TMJ itu, sebagai Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

10 Berita Pilihan - (22 April 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Khairy terbuka untuk disoal, disiasat berhubung Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata beliau sentiasa terbuka untuk disoal, dikritik dan disiasat berhubung pelaksanaan program vaksinasi terbesar negara.

Bazar Ramadan: Selangor larang bawa kanak-kanak 12 tahun ke bawah
Perkara tersebut diputuskan setelah bermesyuarat bersama Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.

COVID-19: Semua pihak perlu bersedia hadapi sebarang kemungkinan - MB Selangor
Selangor sentiasa berusaha sehabis baik untuk mengekang penularan COVID-19 dengan melakukan saringan serta memantau kawasan panas.

Ayahanda Permaisuri Selangor meninggal dunia
Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua.

ECRL: Kerajaan negeri Selangor tetap dengan pendirian pilih Jajaran Selatan
Selangor tetap dengan pendirian memilih Jajaran Selatan Selangor (Hulu Langat-Sepang-Westport) sebagai laluan bagi projek ECRL.

Inisiatif SMG raih pelaburan lebih RM1 bilion menjelang 2030 - MB Selangor
Inisiatif Gerbang Maritim Selangor (SMG) yang bertujuan mengubah Sungai Klang menjadi zon ekonomi maritim di negeri itu dijangka menjana pelaburan melebihi RM1 bilion menjelang 2030.

Peruntukan RM10 juta bagi Hijrah, NADI mungkin ditambah - MB Selangor
Amirudin berkata dana di bawah Belanjawan Selangor 2021 itu bertujuan mempermudah penjaja dan peniaga menangani impak pandemik COVID-19.

Tarik balik pasaran telur, Selangor teliti arahan Singapura - Amirudin
Semalam, Singapura telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik balik telur dari pasaran yang dihasilkan di sebuah syarikat di Jeram, Kuala Selangor.

Xavier keluar parti: Amirudin akan bertemu kepimpinan PKR Cabang Kuala Langat
Amirudin akan bertemu dengan kepimpinan Keadilan Cabang Kuala Langat malam ini bagi memastikan keutuhan organisasi parti dan menyusun semula program.

MB Selangor tinjau kawasan bencana ribut di BBST hari ini
Kejadian ribut pada Sabtu merosakkan 105 rumah ekoran hujan lebat yang berlaku kira-kira jam 5 petang.