KUALA LUMPUR:UMNO mempunyai banyak pilihan berhubung kemelut politik negara masa kini, termasuk mengukuh atau menumbangkan Kerajaan Perikatan Nasional (PN), tegas Naib Presidennya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Malah, ujarnya, pengaruh UMNO juga boleh mempercepatkan pilihan raya umum sekiranya ia relevan dengan suasana masa kini.
Namun, Mohamed Khaled berkata, itu adalah pilihan terakhir buat UMNO kerana kedudukan pandemik COVID-19 yang melanda negara.
“UMNO tidak akan memperjudikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan umum demi suatu pilihan raya. Keutamaan UMNO ialah membentuk kerajaan yang benar-benar boleh mengurus negara yang berada dalam krisis.
“Dan untuk itu, UMNO mahu ia dihormati sebagai rakan sebenar dalam kerjasama politik ini dan bukannya sekadar penyeri kepada PN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menyifatkan hubungan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘no trust, mutual respect only’ (tidak mempercayai, hanya saling menghormati), Mohamed Khaled berkata, UMNO tidak pernah mempercayai Bersatu.
Ujarnya lagi, perasaan itu muncul sejak sekian lama kerana Bersatu telah ditubuhkan dengan hasrat untuk memusnahkan dan menggantikan UMNO.
“Tetapi apabila negara berada dalam keadaan yang gawat pada Februari lepas, UMNO bertindak menyokong Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri. Hasrat UMNO adalah untuk memberikan impetus atau lonjakan baru kepada kedinamikan Malaysia.
“Terutamanya dengan membawa pengalaman yang ada pada UMNO bagi mentadbir semula negara setelah kerajaan Pakatan Harapan menggagalkan dirinya sendiri dan lari dari mandat mereka,” kata bekas Menteri Besar Johor itu lagi.
Namun, Mohamed Khaled berkata, kegelisahan UMNO bersama Bersatu semakin terserlah, dan ‘mutual respect’ yang tersisa juga, semakin menipis.
UMNO, katanya lagi, telah beberapa kali menghantar isyarat yang terang lagi bersuluh kepada Perdana Menteri.
“UMNO tidak perlu menjelaskan segala kegusarannya dengan lebih panjang lebar. Melainkan Perdana Menteri dan PPBM (Bersatu) sengaja untuk tidak memahaminya. Atau masih tetap mahu mengulang naratif yang sama. Kononnya PPBM lah yang menyelamatkan UMNO dan menjadikan UMNO kerajaan.
“Sekalipun naratif itu tidak tepat, sekarang bukan masa yang sama untuk berperang dengan naratif dan perspektif. Sudah tiba masanya, untuk Perdana Menteri menilai dengan berani dan ikhlas, ke mana haluan Kerajaannya, natijah dari tindakan UMNO kebelakangan ini,” katanya lagi.
BACA: Surat Zahid, Najib sokong Anwar mungkin hanya spekulasi - Khaled Nordin
Mohamed Khaled berkata, banyak pihak melihat kerajaan yang Muhyiddin pimpin waktu ini adalah sangat lemah dengan keanggotaan Kabinet yang seakan tidak berfungsi.
Tegasnya lagi, semua pilihan adalah di tangan Perdana Menteri, kerana beliau memahami apa yang UMNO kehendaki dan beliau juga tahu apa yang UMNO mampu lakukan.
Mohamed Khaled berkata, Perdana Menteri pastinya tahu bahawa keutamaan UMNO ialah untuk terus cuba mempertahankan kerajaan yang sama-sama ia bentuk, jika perubahan radikal dapat dilakukan kepada kerajaan yang ada sekarang.
“Keutamaan UMNO ialah kepentingan terbaik Malaysia. Dan jika itu juga keutamaan Perdana Menteri, beliau sewajarnya melakukan sesuatu dengan segera untuk merungkai kegelisahan yang UMNO suarakan.
“UMNO akan sentiasa menyokong keputusan yang baik. Jadi, pamerkanlah kepimpinan yang ikhlas, yang boleh menukarkan ‘mutual respect’ menjadi ‘trust’ yang sebenar. Kerana kita semua tahu. Trust is earned, not given,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Sun Oct 18 2020
Khaled berkata, tiada kepercayaan oleh UMNO kepada Bersatu, hanya hormat semata-mata, dan rasa hormat itu katanya kian terhakis. - Gambar fail/BERNAMA
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Lapan tahun rogol anak, suami isteri ditahan
Hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku sejak tahun 2016 sehinggalah kejadian terbaru pada tahun 2024 dan semua kejadian berlaku dalam bilik rumahnya di Kampung Chuah, Port Dickson.
Dakwaan Subsidi: PM tegaskan kerajaan belum buat keputusan
Tegas Perdana Menteri, setakat ini belum ada sebarang keputusan muktamad diputuskan kerajaan berhubung subsidi bahan terbabit walaupun ada perbincangan awal bersama Jemaah Menteri.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Ibu bapa boleh daftarkan anak-anak yang berusia 10 hingga 12 tahun secara percuma melalui web rasmi www.astro.com.my/rancangan/kem-badminton atau boleh juga walk-in pada tarikh yang ditetapkan di lokasi berdekatan anda.
Panama bersedia untuk Pemilihan Presiden
Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim siap dalam masa dua minggu - Fahmi
Menteri Pertahanan akan membuat pengumuman berhubung bantuan yang akan diberikan pada Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Kelewatan pembinaan kolam selam tempur: Subkontraktor gagal laksana kerja pendawaian
Susulan itu, proses untuk melantik subkontraktor baharu sedang dilaksanakan JKR melalui proses tender terbuka, bagi meneruskan kerja-kerja tersebut.
Jualan pegangan saham Affin Bank kepada Sarawak hanya tunggu kelulusan BNM - Khaled Nordin
Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jumlah pegangan yang akan dilupuskan.
Malaysia-Indonesia komited perkukuh kerjasama pertahanan
Mohamed Khaled telah menyatakan keyakinannya terhadap pengalaman luas dan inisiatif yang dibawa Prabowo, terutama dalam bidang pertahanan.