Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi bayangan bahawa Pilihan Raya Negeri ke-12 tidak akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Beliau, yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), berkata, tempoh akhir untuk PRN ke-12 ialah pada tahun hadapan.
"Apa yang nak digopohkan (untuk mengadakan pilihan raya). Tempoh akhirnya 2021... Tahun 2021 lah," katanya ringkas kepada pemberita di Wisma Bapa di sini, pada Isnin.
Beliau dalam pada itu menegaskan bahawa jentera GPS berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia untuk 'bertempur' pada bila-bila masa sahaja.
PRN Sarawak ke-11 diadakan pada 7 Mei 2016 dan tempoh akhir untuk mengadakan PRN berikutnya ialah pada Julai 2021.
Namun, berdasarkan rekod lepas, PRN Sarawak diadakan sehingga setahun lebih awal daripada tarikh penggal dewan undangan negerinya berakhir.
Pada PRN-11 yang diadakan pada 2016, empat parti komponen Barisan Nasional (BN) dari Sarawak telah memenangi 72 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Seterusnya, empat parti komponen itu, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB); Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP); Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Progresif Demokratik (PDP) mengumumkan keluar dari BN pada 12 Jun 2018 susulan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Ketika ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai 10 orang Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak, di mana tujuh daripada mereka dari DAP, manakala tiga lagi dari PKR.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 06 2020

ABANG JOHARI: Jentera GPS berada dalam keadaan siap siaga dan bersedia untuk 'bertempur' pada bila-bila masa sahaja. - Gambar fail

Vietnam mulakan pembinaan landasan kereta api laju utara-selatan menjelang 2026
Kerajaan Vietnam menetapkan tarikh akhir bagi majlis pecah tanah projek landasan kereta api berkelajuan tinggi utara-selatan selewat-lewatnya pada 31 Dis 2026, lapor Xinhua.
AWANI Ringkas: Jalur Gemiang: KPM mohon maaf atas kecuaian
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

India gantung perjanjian perkongsian air dengan Pakistan susulan ketegangan di Kashmir
India pada Rabu menggantung perjanjian air yang berlangsung selama beberapa dekad dengan negara jirannya, Pakistan.

Kes hasutan: Mahkamah benar rayuan Chegu Bard batal 'gag order'
Panel hakim mendapati bahawa perintah larangan bersuara tidak diperlukan dan merujuk kepada kes Papagomo sebagai rujukan.

Pameran Semangat ASEAN imbas sejarah penubuhan, ketengah kebersamaan serantau
Pelbagai koleksi sejarah pembentukan ASEAN dari tahun 1967 hingga 1976 berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO.

Empat termasuk seorang wanita didakwa membunuh
Tiga lelaki dan seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Sentul, minggu lepas.

PM Anwar ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2024.

ISS diselaras ke altitud baharu
Pelarasan itu meningkatkan ketinggian purata orbit stesen kepada hampir 419 kilometer dari permukaan Bumi.

Malaysia negara pengeksport barangan teknologi tinggi kesembilan terbesar dunia pada 2023
Malaysia berjaya mengekalkan tempat kesembilan daripada 143 buah negara sebagai pengeksport barangan teknologi tinggi terbesar di dunia pada 2023.
Kenyataan berhubung KDNK akan diumum kelak - PM
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengeluarkan satu kenyataan penuh berkaitan unjuran KDNK negara tidak lama lagi.

Sarawak akan menyatukan aset dalam persekitaran ketidaktentuan ekonomi global - Abang Johari
Langkah itu sebagai tindak balas kepada peralihan dinamik perdagangan global termasuk pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat baru-baru ini.

Sarawak perlu kaji semula rancangan pembangunannya ekoran tarif AS - Abang Johari
Kerajaan Sarawak perlu mengkaji semula rancangan pembangunannya susulan pelan pelaksanaan tarif Amerika Syarikat (AS).

Teroka potensi Simanggang bagi projek pam hidro - Abang Johari
Bandar Simanggang di bahagian Sri Aman berpotensi untuk diterokai bagi projek pembangunan pam hidro sekali gus merancakkan kegiatan ekonomi di kawasan tersebut.

Perpaduan rakyat pendorong kekuatan ekonomi Sarawak - Abang Johari
Kestabilan politik dan keharmonian sosial membolehkan kerajaan negeri Sarawak merangka dan meluluskan belanjawan berjumlah RM15 bilion.

Petros telah kemuka cadangan kerjasama dengan Petronas - TPM Fadillah
Petros telah mengemukakan surat cadangan kepada Petronas mengenai potensi kerjasama yang boleh diterokai membabitkan kedua-dua syarikat itu.

Sarawak perluas inisiatif Sumbangsih Raya ke perayaan lain - Abang Jo
Kerajaan Sarawak akan memperluaskan pelaksanaan Sumbangsih Raya kepada anggota keselamatan, penguatkuasaan, dan badan beruniform yang bertugas di negeri ini semasa Tahun Baharu Cina dan Hari Gawai.

Sarawak teroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa - Abang Johari
Sarawak sedang meneroka penubuhan Taman Perindustrian Aeroangkasa bagi mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pengeluaran komponen aeroangkasa bernilai tinggi.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Premier Sarawak ucap terima kasih kepada Anwar kerana iktiraf Petros
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg menzahirkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengiktiraf Petros.