DAP bakal memberi tumpuan khusus kepada dua kerusi panas iaitu Dudong dan Bawang Assan di Sibu.
Menurut Pengarah Kempen Pilihanraya DAP Sibu, Oscar Ling, antara pendekatan bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka adalah dengan mendekati pengundi Iban di Bawang Assan.
Ling yang juga ahli parlimen DAP Sibu berkata Bawang Assan merupakan satu-satunya kerusi majoriti Cina di Sibu yang belum dimenangi DAP, sekali gus merupakan cabaran besar bagi parti berkenaan.
Ia dimenangi penyandang dan calon langsung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Wong Soon Koh atas tiket Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) pada Pilihanraya Negeri Sarawak 2011.
"Strategi kami kali ini adalah untuk memberi lebih tumpuan kepada pengundi Iban sebab di Bawang Assan pengundi Cina hanyalah 54 peratus manakala bakinya adalah Iban dan Melanau."
"Setakat ini kami telah berjaya meraih sokongan Cina jadi di Bawang Assan kami memerlukan lebih banyak undi Iban untuk menang.
"Oleh itu, kami akan memberi tumpuan kepada pengundi Iban," katanya ketika ditemui Astro AWANI di ceramah DAP di Sungai Merah di sini pada malam Isnin.
Sementara itu, kerusi Dudong dianggap 'bahaya' kepada DAP susulan kemenangan tipis parti itu dengan majoriti hanya 317 undi pada Pilihanraya Negeri Sarawak yang lalu.
Justeru, usaha akan tertumpu untuk memastikan majoriti lebih besar dengan menggunakan pendekatan berbeza agar dapat meyakinkan pengundi Cina di kawasan berkenaan.
"Kali ini, kami akan memberikan penekanan daripada segi perbandingan dasar. Kita perlu meyakinkan pengundi bahawa dasar itu lebih penting dalam pilihan raya negeri kali ini.
"Kita memerlukan dasar lebih baik untuk masa depan lebih baik. Bukan sekadar kepentingan wang sahaja," katanya.
Ditanya mengenai peluang kemenangan di Sibu memandangkan hampir semua kerusi majoriti Cina di Sibu dimenangi DAP sebelum ini, namun kata Ling, ia masih tidak menjanjikan jalan mudah.
"Saya tidak berani kata bahawa Sibu ini adalah kubu kuat Sibu kerana SUPP dan UPP sebenarnya masih mempunyai pengaruh kuat di Sibu. Itu tidak boleh dipandang remeh.
"Bagi kami perjalanan masih jauh dan masih banyak lagi cabaran terpaksa kami tempuhi dalam pilihan raya negeri ini," katanya.
Bagaimanapun, Ling mengakui berikutan sekatan dilakukan ke atas beberapa pemimpin DAP dari peringkat nasional termasuk setiausaha parti Tony Pua dan penasihat parti Lim Kit Siang daripada memasuki Sarawak, ia sedikit menjejaskan perjalanan kempen, khususnya bagi acara ceramah jemputan.
"Pastinya bagi ceramah umpamanya, semua pemimpin yang dihalang masuk adalah penceramah yang semuanya bagus-bagus belaka dari Semenanjung Malaysia.
"Jadi kami cuba menangani isu ini dengan menggunakan 'live conference call," katanya.
Ceramah di Sungai Merah yang diadakan pada Isnin malam itu merupakan ceramah pertama DAP Sibu sempena kempen Piliharaya Negeri Sarawak ke-11 yang dibarisi calon-calon parti berkenaan yang bakal bertanding di kerusi Dudong, Bukit Assek, Pelawan dan Bawang Assan.
Ia dihadiri kira-kira 300 penduduk setempat yang turut mendengar siaran langsung menerusi talian dengan Pua.
Namun, siaran tergendala beberapa kali berikutan khidmat talian yang kurang stabil.
"Saya harap masalah teknikal ini dapat ditangani dan kami akan cuba menggunakan kemudahan lebih baik esok," kata Ling.
Tan Su Lin
Tue Apr 26 2016
Ling (kemeja putih) yang juga ahli parlimen DAP Sibu berkata Bawang Assan merupakan satu-satunya kerusi majoriti Cina di Sibu yang belum dimenangi DAP, sekali gus merupakan cabaran besar bagi parti berkenaan. -Gambar Astro AWANI/Tan Su Lin
Pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 cederakan warga emas
Seorang pengurus rumah kebajikan didenda RM4,500 selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada seorang warga emas.
Amiruddin nafi rumah terbuka langgar peraturan pilihan raya
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan bahawa penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri oleh kerajaan negeri di pekan Kuala Kubu Baharu (KKB) pada Sabtu, melanggar peruntukan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - Anwar
Malaysia dalam misi meneroka pelbagai peluang ekonomi dan menarik pelaburan baharu pada Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Riyadh, Arab Saudi yang akan berlangsung dua hari bermula hari ini.
Polis Jerman rampas 4 Bugatti Veyron
Jerman merampas empat kereta model Bugatti Veyron yang jarang ditemui dari kemudahan simpanan persendirian di Munich, Jerman, yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut laporan media Jerman.
AWANI Ringkas: Dijangka diniagakan sekitar RM4.77 berbanding dolar AS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mutawif pimpin jemaah 'istimewa' tunai umrah guna tongkat
Menjadi impian umat Islam di seluruh dunia termasuk golongan kurang upaya untuk menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji dan umrah.
Pelajar maut motosikal bertembung kereta
Seorang pelajar maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di Marang.
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
Calon langsung BN di Dun Bawang Assan, Wong Soon Koh yakin menang
Menurut Wong, berdasarkan senarai daftar pemilih, beliau mendapati beliau dipindahkan ke kawasan mengundi di DUN Bukit Assek.
Pilihanraya Sarawak: BN perjelas status bekas ahli PBB, Watson Bangau - Fadillah
Watson, yang juga bekas setiausaha politik ketua menteri itu dipecat daripada PBB, Isnin lepas, selepas beliau bertanding kerusi DUN Bawang Assan.
Pilihan Raya Sarawak: Dudong, Bawang Assan kerusi tumpuan DAP Sibu
DAP bakal beri tumpuan khusus kepada dua kerusi panas iaitu Dudong dan Bawang Assan di Sibu.