Kemelut dalaman di antara PKR dan DAP berhubung pertindihan kerusi sama yang ditandingi pada Pilihanraya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak dijangka selesai dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kedua-dua presiden parti terbabit sudah mengadakan perbincangan terakhir berhubung kemelut itu.
"Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan kerana presiden PKR telah berjumpa dengan Ketua Menteri dua hari yang lalu.
"Saya rasa kita cuba lakukan usaha terakhir untuk menyelesaikan pertindihan kerusi ini dalam masa terdekat," katanya selepas majlis perasmian Persimpangan Bertingkat Seksyen 7, di sini, hari ini.
Jelasnya, apa yang penting ketika ini adalah untuk Pakatan Harapan memberi fokus terhadap kempen di Sarawak.
"Fokus kita sekarang adalah turun padang untuk memastikan jentera Pakatan Harapan dapat mendekati pengundi sebanyak mungkin untuk menjelaskan dasar parti. Itu adalah tumpuan utama bagi semua pihak dalam Pakatan Harapan," katanya di sini.
Kemelut bermula apabila berlaku pertindihan kerusi di antara PKR dan DAP di enam kawasan pertandingan pada PRN Sarawak.
DAP kemudiannya bersedia menarik diri daripada bertanding di kerusi Batu Kitang dan sebagai pertukaran, PKR perlu berundur daripada lima kerusi lain yang turut ditandingi DAP.
Bagaimanapun, PKR bertegas tidak akan menarik diri daripada enam kerusi terbabit iaitu Batu Kitang, Mulu, Murum, Simanggang, Ngemah dan Mambong.
Anthea Yap
Thu Apr 28 2016
MOHAMED AZMIN: Kita berharap perkara ini dapat diselesaikan kerana presiden PKR telah berjumpa dengan Ketua Menteri dua hari yang lalu. -Gambar fail
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Bekas penjawat awam ditahan kes tipu tanah rizab Melayu
Penipuan itu menyebabkan pemecahan lot Tanah Rizab Melayu melibatkan kawasan seluas kira-kira 649.2 hektar.
Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.
Kerajaan komited pastikan pelaburan LTAT hasilkan pulangan konsisten - Mohamed Khaled
Kerajaan komited untuk memastikan pelaburan yang dibuat oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam syarikat domestik dan antarabangsa menghasilkan pulangan yang konsisten dan kukuh.
Pemuda UMNO Pahang mahu kemelut dalaman parti diselesai segera
Pemuda UMNO Pahang berpendapat pemimpin parti itu perlu berlapang dada, berjiwa besar dan mencari titik persamaan demi masa depan parti.
Segera adakan pemilihan parti - Pemuda UMNO Kota Raja
Menurutnya, pemilihan segera perlu dilakukan agar hala tuju parti dapat ditentukan oleh mereka yang dipilih.
'Saya ada meeting' - Anwar elak bertemu media dalam isu kemelut dalaman PKR
Cubaan kumpulan wartawan untuk mendekati Ahli Parlimen Port Dickson itu hampa apabila beliau terus meninggalkan majlis dan masuk ke dalam lif.
Terima tekanan, Hassan Karim letak jawatan Pengerusi PKR Johor
Ahli parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim melepaskan jawatannya sebagai Pengerusi PKR Johor namun tidak diterima Presiden parti.
Video intim, apa seterusnya?
Awal pagi Selasa (11 Jun) lalu tular beberapa klip rakaman video dua lelaki melakukan hubungan sejenis dan salah seorang daripadanya didakwa mirip seorang menteri kanan.