SUNGAI PETANI: PKR memberi bayangan 'menang mudah' bagi kerusi P15 Parlimen Sungai Petani pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memandangkan kawasan tersebut dikatakan kubu kuat parti berkenaan.
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerusi yang disandang selama tiga penggal berturut-turut sejak PRU12 itu diyakini mampu dipertahankan melihat kepada sokongan kuat rakyat yang tidak berbelah bahagi sejak 2008.
Beliau dalam masa sama turut menjelaskan bahawa yakin sokongan kepada PKR akan tetap utuh di Parlimen berkenaan.
"Sungai Petani ni kubu kita, kubu PKR dan PH, saya nak minta tolong sekurang-kurangnya kita boleh percaya... Sungai Petani saya tak risau sangat.
"PRU kali ini, kita tetap pegang!" katanya ketika hadir ke Santai Petang dan Ceramah Umum di Taman Desa Meranti, Padang Temusu di sini pada Sabtu.
Beliau dalam masa sama memohon pengundi di Parlimen tersebut agar terus memberikan sokongan kepada PKR bagi membolehkan Pakatan Harapan (PH) membawa perubahan dalam kepimpinan negara.
Difahamkan, Anwar kini sedang giat melakukan siri jelajah ke seluruh negara bagi menemui penyokong sebagai persediaan menghadapi PRU15 yang dijangka diumumkan tidak lama lagi.
Berdasarkan rekod, kerusi P15 disandang Datuk Johari Abdul yang menang pada PRU14 lalu dengan majoriti 21,569 undi mengalahkan tiga calon lain.
Johari yang mewakili PKR berjaya mengekalkan kedudukannya selepas merampas kerusi tersebut daripada BN pada PRU12 dengan majoriti undi 9,381.
Pada PRU13, beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan menang dengan majoriti lebih tinggi berbanding sebelumnya dengan 9,548 undi. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 08 2022

Anwar berkata, kerusi yang disandang selama tiga penggal berturut-turut sejak PRU12 itu diyakini mampu dipertahankan melihat kepada sokongan kuat rakyat yang tidak berbelah bahagi sejak 2008. - Gambar fail

Gempa bumi Turkiye-Syria: Angka korban cecah lebih 11,200
Angka kematian di Turkiye dan Syria kini merekodkan jumlah korban tertinggi akibat gempa bumi sejak lebih sedekad lalu.

Sertai Gagasan Rakyat | Terserah kepada keputusan tiga bekas ADUN Warisan – Hajiji
Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Seri Hajiji Noor menyerahkan kepada tiga bekas ADUN Warisan untuk memutuskan sama ada mahu menyertai parti itu atau sebaliknya. Jelas Ketua Menteri Sabah itu, sebarang keputusan oleh tiga ADUN itu sudah pasti mengambil kira masa depan politik mereka.

Pendidikan Awal | Sarawak beri RM2.5 juta subsidi yuran prasekolah
Kerajaan Sarawak memberi peruntukan RM2.5 juta bagi subsidi yuran pra sekolah dalam usaha mencapai 100 peratus kanak-kanak mendapat pendidikan awal. Subsidi itu adalah langkah mengurangkan beban ibu bapa terutama golongan B40 selain memberi peluang kepada setiap kanak-kanak di Sarawak didedahkan dengan pendidikan awal.

Kerajaan perlu tumpu aspek meningkatkan pendapatan rakyat - DPDM
Kerajaan sewajarnya mula memikirkan cara untuk membantu rakyat meningkatkan pendapatan.

Pendidikan | Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak dapat pendidikan awal
Lebih 7,000 kanak-kanak di Sarawak tidak mendapatkan pendidikan awal prasekolah sebelum memasuki tahun 1, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah. Angka itu diperoleh beliau menerusi statistik Kementerian Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak.

Kurang Guru | KPM digesa pertimbang ambil guru dalam kalangan anak Sabah
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah (KGKS) menggesa Kementerian Pendidikan supaya mempertimbangkan pengambilan guru dalam kalangan anak tempatan. Menurut Presidennya, Mohd Kifflee Alli berkata langkah itu bukan sahaja mampu menyelesaikan isu kekurangan guru Sabah tetapi secara tidak langsung mengurangkan kadar pengangguran di negeri berkenaan.

Pendidikan | KPM perluas sekolah integrasi di seluruh negara
Sekolah integrasi akan diperluas ke daerah-daerah di seluruh negara. Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, program berkenaan perlu diutamakan kerana memberi pelbagai manfaat dan kebaikan khususnya dalam menyatu-padukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

#SuaraMalaysia: Menjelang Belanjawan 2023, bantuan sara hidup jadi tumpuan
Sebanyak 57 peratus responden menyatakan bahawa bantuan sara hidup menjadi tumpuan utama mereka.

Projek Sakit | Disebabkan kontraktor tidak cekap - Abang Johari
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan kelewatan projek-projek pembangunan di negeri itu adalah disebabkan kontraktor yang tidak kompeten. Malah tegasnya, semua peruntukan untuk projek-projek itu telah disediakan dan tidak sewajarnya ia gagal atau mengalami kelewatan. Sehubungan itu, Abang Jo mahu isu ini ditangani segera bagi mengelak kerugian kepada kerajaan sekali gus mengecewakan rakyat.

Terima Suapan | Penjawat awam mengaku tidak bersalah
Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah Tawau, hari ini atas dua pertuduhan menggunakan jawatannya mendapatkan suapan, tiga tahun lalu. Tertuduh Mahasan Nordin 36 tahun, membuat pengakuan itu dan memohon untuk dibicarakan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Jason Juga.

Lawatan PM Anwar ke Thailand bakal teroka kerjasama baharu
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand bermula Khamis dijangka memperluas lagi kerjasama sedia ada dan meneroka kerjasama baharu.

Pantau Kerajaan Baharu: Kaji selidik mega 100 hari Kerajaan Perpaduan
Menjelang 100 hari Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, lima media arus perdana negara bergabung bagi melaksanakan kaji selidik mega bermula hari ini.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk PRN tahun ini.

Belanjawan 2023: PM Anwar beri bayangan jumlah peruntukan dikurangkan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia tidak boleh bertahan dengan defisit yang tinggi dan mesti berusaha untuk mengurangkan hutangnya.

"Pengganti Tan Sri Idrus masih dibincangkan" - PM Anwar
Perbincangan masih dijalankan berhubung pengganti Tan Sri Idrus Harun sebagai Peguam Negara, kata Perdana Menteri.

Gempa bumi: Malaysia sumbang lebih AS$2 juta untuk Turkiye, Syria
Jemaah Menteri setuju sediakan AS$1 juta manakala Sultan Johor, Sultan Ibrahim turut berkenan menyumbang AS$1 juta lagi.

KKM bentang Kertas Putih berhubung perolehan vaksin COVID-19 di Dewan Rakyat - PM Anwar
Anwar berkata, ini berikutan dapatan mengenai proses yang didakwa tidak mengikut proses sewajarnya.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rancang wujudkan hospital lapangan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, ia bagaimanapun tertakluk kepada keperluan dan situasi di sana.

"Lantik anak saya? Rujuk kenyataan saya sebelum ini" - Johari Abdul nafi amal nepotisme
Speaker Dewan Rakyat ulangi kenyataannya tiada sebarang lantikan jawatan kerajaan dibuat ke atas anaknya, Mohammed Iqbal.

Satu dunia tahu Malaysia 'tercemar' akibat kleptokrat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia telah tercemar akibat kleptokrat.