POLITIK
PKR Johor muktamad pelantikan jawatan utama MPN

Mesyuarat MPN PKR Johor memuktamadkan pelantikan jawatan utama termasuk Md Ysahruddin Kusni sebagai Timbalan Pengerusi dan Dr Maszlee Malik, Jimmy Puah serta Shamala Vasudevan sebagai Naib Pengerusi. - Foto FB Dr Zaliha Mustafa
JOHOR BAHRU: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor memuktamadkan pelantikan jawatan utama parti di peringkat negeri pada mesyuarat pertama bagi penggal 2025-2028 yang diadakan di Ibu Pejabat PKR Johor semalam.
Ringkasan AI
- PKR Johor Muktamadkan Pelantikan 2025-2028: Mesyuarat MPN PKR Johor memuktamadkan pelantikan jawatan utama termasuk Md Ysahruddin Kusni sebagai Timbalan Pengerusi dan Dr Maszlee Malik, Jimmy Puah serta Shamala Vasudevan sebagai Naib Pengerusi.
- Pelantikan Strategik Tambahan: Mohd Khuzzan Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha MPN, manakala Khairil Adanan mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN) bagi memperkukuh kesiapsiagaan politik.
- Komitmen Reformasi & Kerjasama: PH PKR Johor tekad memperkukuh kerjasama dengan komponen Pakatan Harapan dan membawa agenda Kerajaan MADANI, dengan fokus kepada kestabilan politik dan masa depan progresif negeri.
"Selain itu, pelantikan Naib-Naib Pengerusi MPN turut dimuktamadkan iaitu Ketua Cabang Simpang Renggam yang juga bekas Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Tebrau yang juga bekas Exco Kerajaan Negeri Johor Jimmy Puah serta Ketua Cabang Segamat Shamala Vasudevan.
"Komposisi ini melengkapkan keterangkuman yang menggabungkan kepelbagaian pengalaman, profesionalisme dan gender, sekali gus akan mampu memperkasa hala tuju PKR Johor," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zaliha dalam pada itu berkata mesyuarat juga bersetuju untuk melantik Timbalan Pengerusi Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) Mohd Khuzzan Abu Bakar sebagai Setiausaha MPN, manakala Ketua Cabang Mersing Khairil Adanan yang akan menerajui Jawatankuasa Pilihan Raya Negeri (JPRN).
Menurut Zaliha, PKR Johor akan memastikan jentera sentiasa bersiap siaga dalam mendepani cabaran politik semasa dengan strategi yang tersusun, berpaksikan kepada agenda reformasi.
Beliau turut menegaskan komitmen untuk mempererat dan memperkukuh kerjasama strategik bersama rakan-rakan komponen Pakatan Harapan demi memastikan kestabilan politik serta membawa semangat dan agenda Kerajaan MADANI di Negeri Johor.
"Dengan kesepaduan organisasi dan semangat kerja berpasukan yang mantap, PKR Johor mampu memainkan peranan yang signifikan dalam memperkukuh kedudukan parti di negeri ini, sekali gus menjadi wadah perjuangan yang kukuh dan membawa negeri Johor ke arah masa depan yang lebih progresif," katanya.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami