SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli memaklumkan parti itu mengekalkan untuk mengumumkan calonnya lebih awal pada pilihan raya negeri (PRN) ini seperti mana dilakukan pada pilihan raya umum (PRU) yang lepas.
Malah beliau turut menjelaskan, pihaknya akan memulakan proses mengenal pasti dan memuktamadkan calon-calon mereka yang akan bertanding pada PRN melibatkan enam buah negeri dalam tempoh dua minggu lagi.
"Ia adalah pendirian parti dan juga Jabatan Pilihan Raya PKR daripada PRU yang lepas. Bagaimanapun, keputusan itu akan mengambil kira rundingan kerjasama yang akan turut dimuktamadkan bersama Barisan Nasional (BN).
"Di peringkat PKR, seberapa mana dalam kawalan kami, sebaik sahaja selepas sambutan Tahun Baharu Cina, kami akan memulakan proses pencalonan, saringan dan sebagainya kerana proses itu membabitkan pandangan semua pihak dan akan ambil sedikit masa," katanya pada sidang akhbar selepas selesai Konvensyen Pilihan Raya Negeri 2023 di sini pada Ahad.
Hadir sama, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun merangkap Naib Presiden PKR.
Rafizi turut menegaskan, pihaknya akan membuat secara selari dahulu sementara rundingan dengan BN tentang kerjasama pilihan raya itu berjalan.
Sementara itu, ditanya sama ada kesukaran kerjasama antara PH dan BN untuk PRN, Rafizi berkata, kedua-dua pemimpin utama parti di negeri ini iaitu Aminuddin dan Datuk Seri Mohamad Hasan merupakan individu yang senang untuk dibawa berbincang dan taat kepada parti.
Dalam sidang akhbar sama, Aminuddin memberitahu, beliau menjangkakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan pada bulan Mei ini bagi memberi laluan kepada PRN.
Katanya, ia berdasarkan perbincangan secara tidak rasmi bersama Menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri terlibat berhubung perkara itu sebelum menghadiri perjumpaan Majlis Raja-Raja tempoh hari.
“Pada dasarnya kita setuju bubar pada Mei... itu bermakna PRN dalam Jun atau Julai, kita tak ada masa, tinggal beberapa bulan lagi, jadi kita kena terus bersedia atur langkah bagi memastikan kemenangan kita.
“Lepas pilihan raya, pelbagai andaian dan pandangan sama ada kita bersama Barisan Nasional (BN) atau tidak, itu akan diputuskan dalam waktu terdekat. Harap ada keputusan segera untuk aturkan strategi bersama BN, kita juga nak berikan hak dari segi peruntukan dan sebagainya,” katanya.
Enam negeri yang akan terlibat dengan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 16 2023
Rafizi (lima, kanan) ketika hadir Konvensyen Pilihan Raya Negeri 2023, di Seremban pada Ahad. - Foto Sinar Harian
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia dalam tiga hasrat
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjadi platform untuk Malaysia menggemakan keterbukaan jalinan kerjasama untuk melonjakkan ekonomi negara.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Hari ketiga lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Riyadh Arab Saudi membawa wawasan Malaysia memperkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha memperkasa jalinan kerjasama sedia ada.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
PRN: Calon digalakkan jalani ujian saringan kesihatan
Faktor kesihatan merupakan salah satu kriteria penting supaya mengelakkan Pilihan Raya Kecil diadakan pada masa-masa akan datang.
PRN: Ras Adiba sedia bertanding andai dicalonkan
Sekiranya tidak dicalonkan, Ras Adiba ikrar akan sokong dan berkempen untuk rakan seperjuangan dalam Perikatan Nasional.
"Saya bertanding PRN? Tidak benar!" - Nurul Izzah
Nurul Izzah Anwar menafikan beliau antara calon yang dinamakan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan Julai ini.
UMNO tetapkan tiga kriteria pilih calon PRN Kelantan - Ahmad Zahid
UMNO menetapkan tiga kriteria utama iaitu "winnability" (boleh menang), "acceptability' (dapat diterima) dan "likeability" (disenangi) dalam memilih calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri
PKR kenal pasti, muktamad calon PRN dalam dua minggu lagi
Keputusan itu akan mengambil kira rundingan kerjasama yang akan turut dimuktamadkan bersama Barisan Nasional.
PRN Johor: Sampaikan mesej kepada pengundi menerusi kempen #SuaraUntukSemua
Calon bertanding boleh mengambil peluang ini dengan menyampaikan mesej menerusi video dan dikongsikan kepada BERSIH sebelum 9 Mac.
PRN Melaka: Agihan kerusi dan senarai calon PH dimuktamadkan Selasa ini - Adly
Adly Zahari berkata, pelbagai faktor perlu dipertimbangkan dan rundingan di peringkat akhir sedang berjalan antara rakan parti.
PRN Sabah: Musa tidak memohon, kami juga tidak tawarkan jadi calon - Bung Moktar
Bung menjelaskan, Musa yang merupakan penyandang DUN Sungai Sibuga juga tidak memohon untuk menjadi calon UMNO.