Skip to main content

Politik

PKR perlu kukuhkan pentadbiran Persekutuan, negeri - Anwar

[TB]_Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sabah_FB ANWAR IBRAHIM
Presiden PKR, Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, di Kota Kinabalu, malam tadi, bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan kepentingan kesejahteraan masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
Advertisement

KOTA KINABALU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti itu perlu terus memperkukuh pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan negeri bagi memastikan dasar yang dilaksanakan memberi manfaat nyata kepada rakyat.

Beliau berkata, parti itu juga mesti bergerak dengan kekuatan seluruh anggota, merapatkan saf dan merangkul sokongan semua lapisan masyarakat agar PKR kekal dekat dengan denyut nadi serta aspirasi rakyat.

Anwar turut menegaskan, PKR Sabah akan terus menjadi kekuatan utama yang membawa suara rakyat serta menjayakan agenda perubahan dan reformasi di negara ini.

"Pada masa sama, persiapan jentera menghadapi Pilihan Raya Umum akan datang mesti diperkemas dari sekarang dengan kesatuan dan tekad yang jelas," katanya dalam perkongsian di laman Facebook malam tadi.

Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan singkat bersama dengan Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah, di sini, bagi membincangkan pelbagai isu semasa dan kepentingan kesejahteraan masyarakat di Negeri Di Bawah Bayu.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement