awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM harap Mat Razi pertahan kerusi Pengkalan Kubor

Bernama
Bernama
13/09/2014
00:53 MYT
PM harap Mat Razi pertahan kerusi Pengkalan Kubor
PM berharap Mat Razi (gambar) dapat pertahankan kerusi Pengkalan Kubor.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berharap calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail dapat mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor untuk BN dalam pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu.
"Saya yakin Ustaz Mat Razi merupakan calon BN yang paling 'sung' untuk PRK Pengkalan Kubor. Moga dapat mempertahankan kerusi BN," kata Najib yang juga Pengerusi BN dalam catatan di laman Facebook beliau.
Pada Rabu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin menamakan Mat Razi, 48, bekas penolong pegawai pendidikan daerah Tumpat, sebagai calon BN bagi PRK itu 25 Sept ini.
Mat Razi yang juga anggota Jawatankuasa Umno Tumpat dipilih kerana beliau anak tempatan yang mempunyai banyak pengalaman dan jasa terhadap penduduk di DUN itu.
PRK itu diadakan berikutan kematian Datuk Noor Zahidi Omar, 57, akibat kanser hati pada 20 Ogos lalu. Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan esok sebagai tarikh penamaan calon manakala hari pengundian pada 25 Sept.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Najib Razak
#Pengkalan Kubor
#PRK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan