awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Malaysia, Arab Saudi bakal meterai perjanjian kerjasama pertahanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN cuba kelirukan rakyat - Anthony Loke

Bernama
Bernama
03/08/2023
16:07 MYT
PN cuba kelirukan rakyat - Anthony Loke
Loke berkata kenyataan itu juga menunjukkan bahawa PN sudah ketandusan modal. - Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA TERENGGANU: Agenda yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) bahawa jika mereka menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini akan turut mengubah kerajaan Pusat adalah suatu tindakan tidak bertanggungjawab, kata Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Beliau berkata kenyataan itu juga menunjukkan bahawa gabungan itu sudah ketandusan modal dengan mengeluarkan kenyataan yang bertujuan untuk mengelirukan rakyat.
"PRN ini untuk tentukan kerajaan negeri. Bukan untuk tentukan kerajaan Pusat. Kerajaan Perpaduan ketika ini yang disertai pelbagai parti sudah stabil dan kukuh. Terutamanya sekali apabila kita dapat sokongan kuat daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Apabila Premier Sarawak (Tan Sri Abang Johari Tun Openg) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Hajiji Noor) turun bersama-sama Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk iring calon Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) sewaktu penamaan calon, itu sudah beri signal bahawa Kerajaan Perpaduan ini kukuh," katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Dialog bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa We Sin di sini, pada Khamis.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata dengan sokongan padu daripada pemimpin itu, ia tidak memungkinkan sebarang usaha untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan mahupun Anwar yang sentiasa mendapat sokongan penuh ahli Parlimen Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.
PRN di Terengganu, Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan pada 12 Ogos ini akan diadakan serentak dengan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, dengan pengundian awal ditetapkan pada 8 Ogos ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penamaan calon
#mendapat sokongan penuh
#pengundian awal
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan