awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Kelantan perkenal 18 manifesto

Sinar Harian
Sinar Harian
31/07/2023
21:00 MYT
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad (tengah) melihat buku manifesto selepas Ceramah dan Pelancaran Program PN Kelantan, Kelantan Maju Rakyat Sejahtera (Manifesto PRU Dewan Negeri Kelantan ke-15) pada Isnin. - Foto Sinar Harian
TANAH MERAH: Perikatan Nasional (PN) Kelantan memperkenalkan 18 manifesto melibatkan 96 program untuk kemajuan semua peringkat rakyat.
Pengerusi PN negeri Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.
Beliau berkata, melalui program itu, antara perkara yang ditawarkan kepada rakyat termasuk kepentingan sosioekonomi, wanita, belia, orang kurang upaya (OKU) dan sumber manusia.
"Tumpuan utama kita ialah menjadikan negeri Kelantan sebagai hab pertanian sesuai dengan negeri Kelantan yang terkenal mengeluarkan hasil penternakan terbaik," katanya.
Beliau berkata demikian selepas Ceramah dan Pelancaran Program Perikatan Nasional (PN) Kelantan, Kelantan Maju Rakyat Sejahtera (Manifesto PRU Dewan Negeri Kelantan ke-15) pada Isnin.
Selain itu katanya, PN juga mahu memanfaatkan sebaik mungkin sumber yang ada di negeri ini.
"Kita juga mahu bertukar daripada hasil hutan dan mencari hasil baharu iaitu mineral," katanya.
Ahmad turut memberitahu, kesemua program yang disenaraikan dalam buku manifesto bukan cakap kosong dan retorik tetapi akan dilaksanakan berdasarkan keupayaan.
Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, usaha kerajaan Kelantan beberapa tahun lalu membawa kepada pembinaan beberapa bandar baharu dan kawasan perumahan untuk generasi kedua Felda.
"Kelantan memberi fokus kepada sumber manusia, dan sumber manusia, dua tiga bandar sudah dalam pelaksanaan dan beberapa lagi sedang dirancang," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Manifesto
#PRN Kelantan
#PN Kelantan
#Ahmad Yakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan