awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bersatu Indera Mahkota kesal pemecatan Saifuddin tanpa perbicaraan adil
Salji lebat dijangka turun sepanjang cuti tiga hari di Jepun
Pusat penamaan calon PRK Parlimen Kinabatangan, DUN Lamag ditutup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN Melaka kekal sokong kerajaan negeri, ketua menteri UMNO

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
18/08/2021
09:26 MYT
PN Melaka kekal sokong kerajaan negeri, ketua menteri UMNO
Mohd Rafiq berkata, beliau akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat dalam situasi sukar. - Gambar fail
AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) Melaka menyatakan pendirian untuk terus kekal menyokong kepimpinan kerajaan negeri yang diterajui UMNO ketika ini.
Pengerusinya, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen berkata, beliau bersama seorang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Noor Effandi Ahmad akan terus memberi tumpuan kepada usaha membantu rakyat dalam situasi sukar.
"Kita akan mengekalkan kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
"Kita berasakan cukup-cukuplah berpolitik, cukup-cukuplah kita menggerakkan muslihat politik untuk menjatuhkan Perdana Menteri ataupun pemimpin kerajaan lain.
"Ini bukan masa kita merebut kuasa tetapi rakyat menuntut supaya fokus diberikan bagi menangani COVID-19... dan juga ekonomi rakyat yang perlu diberi perhatian," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyerahan insentif kepada tiga atlet kelahiran Melaka yang mengharumkan nama negara pada temasya Olimpik Tokyo 2020 bulan lalu.
Mengulas lanjut, beliau yang juga Naib Presiden Bersatu berkata, tidak timbul isu beliau dan Effendi meletak jawatan sebagai Exco kerajaan negeri selepas PN tumbang di peringkat Persekutuan.
Kerajaan negeri Melaka dipimpin Sulaiman daripada UMNO, selepas PN mengambil alih pentadbiran daripada Pakatan Harapan (PH) yang tumbang Mac tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Melaka
#Perikatan Nasional
#PN
#sokong
#UMNO
#Mohd Rafiq Naizamohideen
#Sulaiman Md Ali
#Ketua Menteri
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan