SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) tekad menjadikan Selangor sebagai 'Super Smart State' sekiranya PN mendapat mandat rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri pada pilihan raya negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Pengerusi PN Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, antara inisiatif akan dilaksanakan adalah menarik pelabur asing yang berkemahiran dan berteknologi tinggi sekali gus menyediakan peluang pekerjaan berkualiti kepada anak muda Selangor.
Beliau berpandangan kerajaan Selangor pada hari ini gagal untuk menarik pelabur berteknologi tinggi, malah pelaburan yang ada didakwanya masih berintensifkan tenaga pekerja asing.
"Kalau ini berterusan, tidak mungkin anak-anak muda di Selangor ini dapat mencipta atau diberikan peluang untuk mendapatkan pekerjaan berkualiti dan kemahiran tinggi.
"Maka antara cadangan yang kita tawarkan adalah tarik pelaburan berkualiti tinggi dan berteknologi seterusnya cipta 100,000 pekerjaan yang berkualiti. Tawaran diberikan ini memang boleh dilakukan kerana kita ada pengalaman," katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog selepas Majlis Pelancaran Tawaran PN Negeri Selangor yang disempurnakan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Hotel Double Tree Shah Alam pada malam Jumaat.
Bekas menteri itu menambah, Selangor pernah mencatat prestasi baik tahun lalu ketika beliau masih di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menurutnya, ketika itu beliau pernah membawa Amazon Web Services (AWS) masuk ke Selangor walaupun Selangor bukan ditadbir PN, namun beliau tetap membawa pelaburan bernilai RM25 bilion ke negeri berkenaan.
"Kalau kita boleh buat ketika itu, Insya-ALLAH ketika rakyat memberikan mandat pada 12 Ogos ini dengan pengalaman saya dan teman-teman, saya yakin kita boleh angkat negeri Selangor ke tahap lebih tinggi," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Aug 04 2023
Perikatan Nasional (PN) tekad menjadikan Selangor sebagai 'Super Smart State' sekiranya PN mendapat mandat rakyat dan berjaya membentuk kerajaan negeri pada PRN 12 Ogos ini, kata Mohamed Azmin Ali. - Gambar fail Astro AWANI
Astrazeneca: KKM akan dapatkan penjelasan kesan sampingan vaksin
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.
Kerajaan utamakan penyampaian perkhidmatan kesihatan
Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan, walaupun membina sebuah lagi hospital adalah pilihan yang lebih mudah, ia bukan penyelesaian terbaik kepada masalah sedia ada.
Filem Sheriff cecah kutipan RM44.5 juta selepas 14 hari tayangan
Filem Sheriff arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan luar biasa di pawagam meskipun telah memasuki minggu kedua tayangan di seluruh negara dengan meraih kutipan terkini mencecah RM44.5 juta.
Pelajar 'kuasai' kampus universiti di UK protes konflik di Gaza
Pelajar pro-Palestin di United Kingdom (UK) telah berhimpun dalam protes di universiti-universiti di seluruh negara itu berikutan tunjuk perasaan di beberapa kampus di Amerika Syarikat (AS).
Pulau Pinang anjur sambutan Hari Wesak lima hari bermula 18 Mei
Kerajaan Pulau Pinang akan menganjurkan sambutan Hari Wesak peringkat negeri selama lima hari di bangunan Persatuan Buddha Malaysia (MBA) di sini bermula 18 Mei ini.
AWANI Borneo [02/05/2024] - Tenaga boleh diperbaharui | Perhutanan, pelabuhan & SUKMA | Sambutan hangat
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
#AWANIBorneo 2 Mei 2024
Tenaga boleh diperbaharui, Abang Jo komited kongsi pengalaman Sarawak di pentas global
Tiga RUU akan dibentang dalam sidang DUN Sarawak
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan rumah mesra rakyat
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Bukan FAM, Tengku Zafrul mahu beri tumpuan kepada MITI
Tengku Zafrul hanya berminat memberikan tumpuan kepada MITI selepas namanya dikaitkan dengan jawatan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).