awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN mungkin guna logo baharu ditambah baik hadapi PRU15 - Muhyiddin

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/07/2022
08:46 MYT
PN mungkin guna logo baharu ditambah baik hadapi PRU15 - Muhyiddin
Muhyiddin berkata, PN juga perlu meminda perlembagaan parti dan memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai logo baharu itu. - Gambar fail
IPOH: Perikatan Nasional (PN) mungkin akan menggunakan logo baharu yang ditambah baik bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, cadangan itu telah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi PN dua minggu lalu dan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin sedang membuat kajian lanjut perkara tersebut.
Katanya, PN juga perlu meminda perlembagaan parti dan kemudiannya memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai logo baharu itu.
"Yang ini (logo sedia ada) pun dah baik tapi nak diperbaiki lagi, mungkin sesetengah parti (komponen) ada simbol-simbol yang digunakan. Jadi diberikan pandangan mungkin begitu (logo baharu ditambah baik).
"Jadi kita kena tengoklah sama ada warna ini terus dikekalkan ataupun logo yang sesuai akan diperkenalkan, insya-Allah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak di Manjoi, di sini, pada Isnin.
Politik | Pas pertimbang guna logo baharu dalam PRU15
BACA: Pas pertimbang guna logo baharu untuk berdepan PRU15
Pada Jumaat, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilapor berkata, parti itu sedang mempertimbangkan untuk menggunakan logo baharu dalam pilihan raya umum akan datang bagi menggantikan lambang PN.
Beliau menjelaskan isu pengunaan logo dalam PRU15 akan datang masih lagi dalam perbincangan.
Sebelum ini, terdapat laporan bahawa Pas akan menggunakan logo sendiri di tiga negeri yang dikuasainya iaitu di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Topic Berkaitan
#PRU15
#Perikatan Nasional
#logo baharu
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan