awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jalan Pantai Bersih tidak terlibat permohonan penukaran nama, hanya jalan cabang - Exco
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
WEF2026: Empat realiti AI yang sering disalah faham
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PN sahkan calon Ketua Menteri Sabah, bersedia hadapi PRN

Faida Rahim
Faida Rahim
06/09/2025
03:40 MYT
PN sahkan calon Ketua Menteri Sabah, bersedia hadapi PRN
Hamzah bercakap dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sayap-Sayap sempena Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2025 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam. - Astro AWANI
SHAH ALAM: Perikatan Nasional (PN) mengesahkan telah mengenal pasti calon Ketua Menteri Sabah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.

Ringkasan AI
  • Perikatan Nasional sahkan sudah kenal pasti calon Ketua Menteri Sabah bagi menghadapi PRN yang dijangka berlangsung tidak lama lagi.
  • Calon tersebut merupakan anak jati Sabah; nama belum didedahkan dan akan diumumkan beberapa hari sebelum PRN.
  • Hamzah Zainudin yakin peluang PN di Sabah besar, dan kepimpinan parti akan turun padang bantu kempen.

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, calon tersebut merupakan anak jati Sabah.
“PRN ini berlangsung di Sabah, jadi sudah tentu calon Ketua Menteri adalah orang Sabah. Semua yang bertanding juga adalah anak negeri ini. Kami hanya memberikan sokongan dan dukungan untuk memastikan kemenangan rakan-rakan kami di sana,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Majlis Sayap-Sayap sempena Perhimpunan Agung Tahunan BERSATU 2025 di Pusat Konvensyen IDCC, Shah Alam, pagi Sabtu.
Ketika ditanya mengenai identiti calon, Hamzah enggan mendedahkan nama yang telah dipilih, namun memaklumkan bahawa pengumuman rasmi akan dibuat beberapa hari sebelum PRN berlangsung.
Beliau turut menyatakan bahawa kepimpinan parti akan turun padang ke Sabah bagi membantu kempen, dengan harapan kemenangan dapat dicapai.
“Kita sudah banyak kali turun ke Sabah untuk meninjau sokongan yang diterima daripada rakyat dan pengundi. Insya-Allah, saya yakin peluang untuk kita bertapak di Sabah adalah amat besar,” katanya.
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri
#PRN Sabah
#Perikatan Nasional
#Hamzah Zainuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan