KUALA LUMPUR: Tindakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dilihat telah melanggari duluan (precedent) yang berlaku di Melaka.
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan berkata, Mohd Ali sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan.
"Malangnya tindakan beliau ini bukan sahaja telah melanggari duluan (precedent) bagi Melaka itu sendiri di mana pada 2020 nasihat Ketua Menteri ketika itu (Adly Zahari) untuk membubarkan DUN tidak diterima setelah hilang majoriti, malah ia juga tidak selari dengan duluan Mahkamah Persekutuan dalam kes (Datuk Seri) Nizar Jamaluddin lawan (Datuk Seri) Zambry Abdul Kadir di mana sokongan majoriti boleh ditentukan di luar DUN," memetik kenyataan tersebut, pada Rabu.
Tegas Majlis Presiden PH, Mohd Ali telah membubarkan DUN berdasarkan nasihat yang salah dari seorang Ketua Menteri yang telah hilang sokongan majoriti ADUN.
"Apabila empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap beliau pada Isnin lalu, berdasarkan Perlembagaan Negeri Melaka, Ketua Menteri tersebut telah hilang jawatan dan kelayakan untuk menasihati Yang Dipertua Negeri," katanya.
Majlis Presiden PH pada masa sama turut berasa kesal kerana tindakan pembubaran DUN Melaka itu telah membuka laluan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan yang boleh mengancam nyawa rakyat pada ketika pandemik COVID-19 belum lagi terkawal sepenuhnya.
Astro Awani
Wed Oct 06 2021
Kata Majlis Presiden PH, Mohd Ali sepatutnya meneliti dan mengikuti Perlembagaan Negeri Melaka serta bertemu dengan 15 ADUN iaitu pihak yang telah memperoleh majoriti sebelum membuat sebarang keputusan. - Gambar fail
Kadar Fed AS kekal, ekonomi akan mengukuh atau melemah?
Rizab Persekutuan (Fed) AS mengekalkan kadar faedah penanda arasnya tidak berubah. Apakah faktor yang menyumbang kepada keputusan ini dan bagaimana prospek ekonomi serta pasaran dalam tempoh terdekat?
Pelaburan Microsoft: Memperkasa era baharu AI di Malaysia
Microsoft telah mengumumkan komitmen terbesar dalam sejarah 32 tahunnya di negara ini dengan pelaburan berjumlah US$2.2 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang untuk menyokong transformasi digital Malaysia. Bagaimana untuk manfaatkan pelaburan ini serta mempekasa era baharu kecerdasan buatan (AI) di Malaysia?
'Pindahkan jasad Maradona ke tempat lebih selamat' - Anak
Anak-anak Maradona fail permintaan kepada mahkamah untuk pindahkan jasad legenda bola sepak dunia itu "ke tempat yang lebih selamat."
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
FAM penuhi permintaan Pan-gon
Permintaan Kim Pan-gon yang mahu penerbangan sewa khas untuk ke Kyrgyzstan juga telah ditunaikan oleh FAM.
Cuaca panas dunia bakal cecah suhu ekstrem
El Nino akan mendorong kurangnya hujan dan berlakunya episod kemarau yang lebih teruk daripada biasa.
AWANI Pagi: Reformasi sistem pendidikan melalui inovasi
Memahami peranan inovasi untuk reformasi sistem pendidikan yang mampan. Diskusi bersama Datuk Dr. Ahmad Ramzi, Ketua Pegawai Eksekutif UMT Holdings dan Zul Fikri Zamir, Ketua Pegawai Eksekutif 'Untuk Malaysia' 8.30 pagi nanti
Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
Warga emas nyaris maut digigit tikus
Doktor yang melakukan ujian awal mendapati buah pinggang lelaki itu telah rosak selain mempunyai platelet darah rendah.
Pelajar Columbia sifatkan NYPD kejam, ngeri
Polis New York City menahan berpuluh-puluh penunjuk perasaan pro-Palestin yang bersembunyi di Hamilton Hall, Columbia.
Politik Melaka: 'Tindakan Ali Rustam langgar duluan, jumpa dulu 15 ADUN' - PH
Tindakan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam dilihat telah melanggari duluan (precedent) yang berlaku di Melaka.
DAP jangan sekongkol dengan empat ADUN atau sokong jadi KM - MP Kota Melaka
DAP tidak harus bersekongkol dengan empat ADUN tersebut atau lebih teruk lagi menyokong salah seorang daripada mereka untuk menjadi calon ketua menteri.
Kerajaan Melaka tumbang: Kembalikan kepada Pakatan Harapan, realisasi mandat rakyat - Shamsul
Ini merupakan peluang kepada kepimpinan PH Melaka menjalin kerjasama yang baik untuk melaksanakan apa juga reformasi yang dirancang.
Kerajaan Melaka tumbang: "Nafsu, kepentingan peribadi atasi akal rasional" - Jailani
Tindakan ADUN tarik sokongan tidak seharusnya berlaku ketika pemulihan ekonomi dan kehidupan rakyat sedang berjalan.
DUN bergolak rencat pemulihan pelancongan Melaka - Exco
Senario itu bukan hanya merugikan kerajaan negeri dan rakyat secara amnya malah turut menimbulkan keraguan kepada pelabur.