awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Politik Perak: Zahid Hamidi menghadap Sultan Perak hari ini

Astro Awani
Astro Awani
06/12/2020
00:02 MYT
Politik Perak: Zahid Hamidi menghadap Sultan Perak hari ini
Sultan Nazrin telah perkenan terima menghadap Ahmad Zahid di Istana Kinta, Ipoh, pagi ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dijangka menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada jam 10 pagi ini.
Ia ada hubung kait dengan penyelesaian kemelut politik Perak dengan kemungkinan penubuhan kerajaan negeri yang baharu.
Semalam, Ahli Dewan Negara Perak Datuk Seri Mohd Annuar Zaini berkata, Sultan Nazrin Shah menitahkan semua parti politik di negeri berkenaan mencari formula terbaik membentuk kerajaan negeri baharu.
Baginda bertitah demikian pada sesi terima menghadap beberapa pimpinan parti politik di Istana Kinta di Ipoh.
Ditanya sama ada pihak Istana telah disembah maklum senarai calon Menteri Besar baharu pada pertemuan pagi semalam, Mohd Annuar berkata, perkara itu difahamkan masih dalam perundingan parti-parti politik.
Petang semalam, pada sidang media di kediaman lama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengumumkan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama seluruh barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Katanya, beliau telah menyembahkan warkah peletakan jawatan itu kepada Sultan Perak semasa menghadap baginda pada jam 3 petang semalam.
BACA: LAPOR LANGSUNG: ''Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan
Pada Jumaat, Ahmad Faizal gagal memperoleh sokongan dalam usul keyakinan ahli Dewan terhadap Menteri Besar dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 menolak manakala satu berkecuali.
Usul itu dibawa Datuk Abd Manap Hashim (BN-Pengkalan Baru) atas alasan untuk membuktikan Ahmad Faizal mempunyai sokongan padu daripada semua 59 ADUN sebagai seorang Menteri Besar.
DUN Perak merangkumi 25 ADUN Barisan Nasional yang kesemuanya UMNO, DAP (16), Amanah (5), Bersatu (5), PKR (3), Pas (3), manakala Gerakan dan Bebas masing-masing satu.
Topic Berkaitan
#Zahid Hamidi
#Sultan Nazrin Shah
#UMNO
#PAS
#PKR
#DAP
#ADUN
#Menteri Besar
#calon
#Sultan Perak
#Ipoh
#politik
#politik perak
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mohd Annuar Zaini
#Ahmad Faizal Azumu
#kerajaan negeri baharu
#letak jawatan
#DUN Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan