POLITICS
PRK Ayer Kuning: PN umum calon selepas 20 Mac

Muhammad Sanusi (foto) menyatakan calon yang dipilih adalah calon tempatan. -Gambar fail/Facebook Perhubungan PAS KEDAH
TAPAH: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning diumumkan selepas mesyuarat khas yang akan diadakan 20 Mac ini.
Ringkasan AI
- Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan diumumkan selepas mesyuarat khas pada 20 Mac.
- Ketua Pengarah Pilihan Raya PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menyatakan calon yang dipilih adalah calon tempatan.
- PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, pada 22 Februari akibat serangan jantung.
"Kita ada banyak calon yang boleh diketengahkan, belum ada senarai pendek lagi dan paling penting calon itu calon tempatan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran jentera PN PRK Ayer Kuning di sini, malam tadi.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru di Stadium Bandaraya Georgetown, Pulau Pinang.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Ishsam yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah menang dengan majoriti 2,213 undi dalam persaingan lima penjuru.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami