awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anugerah MAM 2025: Hafizh Syahrin dinobat Pelumba Antarabangsa Terbaik
Lubnan dakwa Israel guna racun rumpai di selatan negara itu
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan

Bernama
Bernama
24/02/2025
22:30 MYT
PRK DUN Ayer Kuning: UMNO Perak optimis, namun tidak pandang mudah pihak lawan
Saarani berkata, tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan. - Gambar fail Bernama
IPOH: UMNO Perak tidak memandang mudah keupayaan mana-mana pihak lawan, namun akan memastikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning terus kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN).
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tumpuan akan terarah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi-pengundi baharu di kawasan DUN berkenaan.
"Di atas kertas sepatutnya ia beri kemenangan besar kepada calon Kerajaan MADANI. Ini kerana jika kita ambil perkiraan mudah, pada pilihan raya lepas, BN memperoleh lebih 9,000 undi manakala PH (Pakatan Harapan) sekitar 6,000 undi.
"Jika ditambah, bermakna kita ada 15,000 undi melalui kedua-dua gabungan. Namun, kita tak boleh pandang mudah sebab perkara seumpama ini sifatnya dinamik. Usaha perlu diteruskan untuk berjumpa dan menemui pengundi terutama pengundi baharu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, di sini, pada Isnin.
Terdahulu, Saarani memaklumkan, UMNO Perak sudah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning susulan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin, Sabtu lepas.
Ishsam, 59, meninggal dunia disebabkan serangan jantung selepas menyertai Kejohanan Bola Sepak Empat Penjuru Piala Ketua Menteri Pulau Pinang di Stadium Bandaraya, Georgetown.
Sehubungan itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning perlu diadakan kerana penggal DUN ke-15 Perak belum mencapai tempoh mandat tiga tahun.
Saarani berkata, pihaknya juga akan mengadakan perbincangan bersama pimpinan PH bagi memastikan gerak kerja dapat berjalan dengan lancar.
"Ya, dari segi penyusunan itu pastilah BN akan mencari undi-undi penyokong BN yang asal dan PH akan berusaha turun padang untuk mencari sokongan pengundi mereka.
"Ini kolaborasi yang dibuat kedua-dua pihak sebelum ini seperti di (PRK) DUN Pelangai (Pahang) dan (PRK DUN) Mahkota (Johor)," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK DUN Ayer Kuning
#UMNO Perak
#Ishsam Shahruddin
#ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan