awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik

Bernama
Bernama
10/08/2024
20:30 MYT
PRK Nenggiri: Awie beri jaminan manifesto BN bukan retorik
Mohd Azmawi, atau lebih dikenali sebagai Awie, berkata beliau mengambil lebih masa untuk membincangkan manifesto itu dengan kepimpinan BN bagi memastikan ia benar-benar mampu dilaksanakan. - Foto BERNAMA
GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani memberi jaminan manifesto yang bakal dilancarkan beliau bukan sekadar retorik.
Mohd Azmawi, atau lebih dikenali sebagai Awie, berkata beliau mengambil lebih masa untuk membincangkan manifesto itu dengan kepimpinan BN bagi memastikan ia benar-benar mampu dilaksanakan.
"Saya tengah bincang dengan pihak kepimpinan sebab saya tidak mahu manifesto ini sekadar manifesto, bila kita berjaya nanti, kita mampu lakukan, saya tidak mahu hanya retorik... kerana orang muda tidak mahu retorik, mereka semestinya mahu keperluan mereka dipenuhi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program Pesta Bola Nenggiri di Kampung Sungai Asap B hari ini antara penduduk bersama bekas pemain bola sepak Kelantan dan selebriti.
Antara bekas pemain yang hadir ialah Mohd Badhri Mohd Radzi, Nor Farhan Muhammad dan Daudsu Jamaludin manakala selebriti pula Sharol Shiro, Mamak Putih serta Fad Bocey.
Awie, yang bertanding mewakili Kerajaan Perpaduan, akan menentang calon PAS Mohd Rizwadi Ismail.
PRK itu diadakan susulan kekosongan kerusi berkenaan selepas keahlian bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan oleh Bersatu pada 13 Jun lepas.
-- BERNAMA
Dapatkan informasi terkini PRK Nenggiri di sini
Topic Berkaitan
#PRK Nenggiri
#manifesto BN
#Azmawi Fikri Abdul Ghani
#bukan retorik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan