awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Pelangai: Pembangkang tak berupaya bantu rakyat - Wan Rosdy

Bernama
Bernama
26/09/2023
09:58 MYT
PRK Pelangai: Pembangkang tak berupaya bantu rakyat - Wan Rosdy
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berucap pada Karnival Buah-Buahan Bentong Tahun 2023 di Dataran Simpang Pelangai hari ini. - Foto BERNAMA
BENTONG: Pembangkang tidak berupaya membantu rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai khususnya dari segi pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas di kawasan berkenaan.
Malah, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pembangkang tidak mempunyai perancangan berhubung perkara itu, namun mengharapkan pengundi memberikan kemenangan kepada calon mereka.
"Pembangkang ini tak boleh buat apa pun, saya ni ramai dah orang (dari kawasan pembangkang) datang beritahu wakil rakyat mereka tidak berupaya memberi bantuan kepada penduduk kawasan atas alasan tidak mempunyai peruntukan.
"Maknanya apa? Maknanya mereka ni tak bersedia pun nak jadi wakil rakyat, masa bertanding bukan main berjanji bulan bintang, sudah menang tiba-tiba tidak ada peruntukan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Buah-Buahan Daerah Bentong di Dataran Pelangai di sini hari ini.
Turut hadir Ahli Parlimen Bentong Young Syefura Othman dan calon Barisan Nasional (BN) Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai Datuk Amizar Abu Adam.
Justeru, Wan Rosdy yang juga Pengarah PRK Pelangai BN meminta pengundi supaya bijak memilih dan tidak mudah terpedaya dengan sebarang dakyah dan janji ditawarkan pembangkang.
"Jangan termakan dengan janji manis ditabur pembangkang, mereka ini kalau menang nanti, hilang, orang kawasan jumpa minta bantuan pun hilang punca, sudahnya suruh pergi jumpa kerajaan," katanya.
PRK DUN Pelangai pada 7 Okt ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan Amizar, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.
Selain itu, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri kini dalam proses menubuhkan Lembaga Durian Negeri Pahang bagi mengurus, mengatur dan merencana strategi untuk menjadikan durian Pahang sebagai produk eksklusif negeri itu.
"Di Pahang ada durian Musang King, Beserah, Tembaga, Bentong, semuanya durian premium, tapi ramai orang luar dakwa itu durian dari tempat mereka, jadi kita tidak mahu itu berlaku lagi," katanya.
Katanya Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abd Razak akan membawa kertas cadangan berkaitan perkara itu ke sidang Dewan Negeri untuk diluluskan tidak lama lagi.
-- BERNAMA
Dapatkan keputusan terkini PRK Pelangai di sini
Topic Berkaitan
#PRK Pelangai
#pembangkang
#Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail
#pilihan raya kecil
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan