awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
Pengerusi IJM Corp ditahan SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Port Dickson: Anwar layak bertanding - Fahmi Fadzil

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
09/10/2018
05:16 MYT
PRK Port Dickson: Anwar layak bertanding - Fahmi Fadzil
Fahmi (kanan) ketika mengesahkan Anwar layak bertanding dalam PRK Port Dickson minggu depan. -Astro AWANI
Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pada Selasa memaklumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim layak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson minggu depan.
Katanya, ia berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menunda kes saman pemula oleh pengundi Noraziah Mohd Syariff ke tarikh 8 November.
“Mahkamah Tinggi memutuskan kes tersebut tidak begitu mustahak memandangkan ada peluang melalui petisyen pilihan raya,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PH bagi PRK Port Dickson di sini, hari ini.
Jesteru, katanya, pihak yang mempertikai kelayakan Anwar seolah tidak menghormati keputusan Yang di-Pertuan Agung yang telah berkenan memberi pengampunan penuh kepada bakal presiden PKR itu.
“Pada waktu ini tidak ada masalah dengan kelayakan Anwar, malah kita kena hormati keputusan Yang di-Pertuan Agong beri pengampunan penuh," kata Fahmi.
Sebelum ini, Noraziah memfailkan permohonan itu pada 28 Sept lepas melalui firma guaman, Tetuan Raja Riza & Associates di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur selaku pemohon dan menamakan Anwar responden pertama dan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan responden kedua.
Noraziah yang merupakan pengundi di Port Dickson turut memohon untuk mendapatkan pengisytiharan Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dalam perkara pengampunan Anwar itu tidak menepati perlembagaan.
Selain itu, Noraziah turut memfailkan sijil perakuan segera supaya permohonan itu dapat didengar secepat mungkin oleh mahkamah sebelum Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson yang dijadual 13 Okt ini diadakan memandangkan Anwar ialah salah seorang calon.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Fahmi Fadzil
#Noraziah Mohd Syariff
#pilihan raya kecil
#PKR
#PRK
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan