awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
Hamas sedia serah pentadbiran Gaza kepada Jawatankuasa Kebangsaan
Gambar, video Zara Qairina bersama pelajar A dalam keadaan ceria dipapar di Mahkamah Koroner
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Rompin: Proses buang undi bermula, calon BN antara yang awal keluar mengundi

Haider Yutim
Haider Yutim
05/05/2015
00:28 MYT
PRK Rompin: Proses buang undi bermula, calon BN antara yang awal keluar mengundi
PRK Rompin: Proses buang undi bermula, calon BN antara yang awal keluar mengundi (Gambar: Astro AWANI)
Proses pembuangan undi bagi pilihan raya kecil P091 Parlimen Rompin telah pun bermula jam 8.00 pagi ini dengan 38 buah pusat pembuangan undi dibuka untuk mengundi.
Di Sekolah Kebangsaan Leban Chondong, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin merupakan antara pengundi yang terawal keluar untuk membuang undi di situ.
Manakala calon PAS, Nazri Ahmad pula difahamkan membuang undi di Sekolah Agama Rakyat LKTP Keratong 5.
Selain itu, terdapat juga jalan yang ditutup bagi melancarkan lagi perjalanan PRK Rompin ini.
Sumber polis memaklumkan, antara jalan yang ditutup ialah Jalan Utama Kuantan - Johor Bahru, berhadapan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah.
Ia ditutup bermula jam 8.00 malam semalam dan akan dibuka semula secara berperingkat sehingga proses penjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan rasmi PRK Rompin di dewan tersebut selesai.
PRK Rompin pada Selasa ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara dua calon tersebut iaitu BN dengan PAS.
Kedua-dua calon selama tempoh berkempen telah menyatakan keyakinan masing-masing untuk memenangi pilihan raya kecil ini.
PRK Rompin diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis yang terkorban dalam kejadian nahas helikopter 4 April lalu.
Pusat-pusat undian akan ditutup pada jam 5.00 petang dan keputusan akan diumumkan malam ini.
Parlimen Rompin mempunyai jumlah pengundi keseluruhan seramai 53,294 orang pengundi.
Topic Berkaitan
#BN
#PAS
#prk rompin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan