awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes selesema melebihi tahap amaran di Jepun
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Pendatang Israel serang dua rakyat Palestin, larikan 150 ekor kambing di timur Ramallah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sandakan: Tindakan pecat jika ada ahli Amanah jadi calon Bebas

Astro Awani
Astro Awani
26/04/2019
09:18 MYT
PRK Sandakan: Tindakan pecat jika ada ahli Amanah jadi calon Bebas
Mohd Anuar menegaskan Amanah tidak boleh bertolak ansur dengan pelanggaran disiplin yang boleh mencemarkan nama baik parti. - Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) akan mengambil tindakan tegas sekiranya ada anggota parti bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan.
Setiausaha Agung Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata sebelum ini pihaknya telah memecat dua ahli parti yang menjadi calon Bebas dalam pilihan raya umum yang lalu.
"Amanah tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas sekiranya menerima laporan yang menunjukkan bahawa terdapat ahli parti ini yang mencalonkan diri atau membantu kempen untuk menentang calon PH," katanya dalam satu kenyataan media pada Jumaat.
Jelas beliau, rentetan kemelut dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Rantau lalu, Amanah menjangkakan dua lagi ahli parti akan dipecat kerana kesalahan terlibat menentang calon PH atas kapasiti sebagai calon Bebas dan pencadang.
"Keputusan untuk memecat keahlian itu dibuat selepas tempoh masa yang diberikan untuk mereka menjawab surat tunjuk sebab berakhir.
"Keputusan muktamad ini akan diumumkan Lembaga Tatatertib parti pada bila-bila masa," katanya.
Tambah Mohd Anuar lagi, tindakan berkenaan diambil kerana Amanah tidak boleh bertolak ansur dengan pelanggaran disiplin yang boleh mencemarkan nama baik parti.
Hari pencalonan PRK Sandakan akan diadakan pada Sabtu 27 April, sementara hari pengundian pada 11 Mei.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Mohd Anuar Mohd Tahir
#Parti Amanah Negara
#pecat
#Sandakan
#tindakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan