awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
05/09/2018
05:17 MYT
PRK Seri Setia: Tak perlu berdebat dengan calon Pas - Halimey
Halimey Abu Bakar menegaskan tiada keperluan untuk beliau berdebat dengan lawannya dari Pas, Dr Halimah Ali. -Astro AWANI/Shahir Omar
Calon Pakatan Harapan (PH) di Seri Setia, Halimey Abu Bakar menegaskan tiada keperluan untuk beliau berdebat dengan lawannya dari Pas, Dr Halimah Ali.
Sebaliknya, beliau hanya mahu menumpukan kepada kempen pilihan raya yang hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.
“Untuk apa nak didebatkan? Bagi saya perkara ini tak perlu bagi saya sebab masyarakat di Seri Setia sudah tahu khidmat saya selama ini.
"Sepuluh tahun saya jadi ahli majlis dan masyarakat sudah tahu,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan Utama PH di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai poster debat terbuka antaranya dengan Dr Halimah yang tular di media sosial dan kononnya akan berlangsung malam ini di Desa Mentari di Petaling Jaya.
Mengulas lanjut, Halimey berkata beliau hanya mendapat tahu mengenai dakwaan kononnya beliau dan Dr Halimah akan berdebat hanya melalui penyebaran maklumat yang tular di media sosial.
“Saya tak dapat apa-apa maklumat. Saya hanya dapat melalui viral. Kita hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Kita nak bekerja lagi dua hari. Kita nak tumpukan kepada DUN,” ujarnya lagi.
Beliau yakin pengundi Seri Setia sangat kenal dengan dirinya berbanding Dr Halimah yang bukan pengundi di DUN itu.
“Berbanding dengan Dr Halimah (calon Pas), apa yang dia buat di DUN Seri Setia? Dia juga bukan pengundi Seri Setia.
"Bagi saya tidak perlu berdebat dan saya akan tumpukan kepada kempen saat-saat akhir bersama pengundi seramai mungkin.
Topic Berkaitan
#GERAKAN
#Halimah Ali
#Halimey Abu Bakar
#media sosial
#Pakatan Harapan
#seri setia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan