HULU SELANGOR: Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
Menurutnya, sepanjang kempen, beliau berada di kawasan itu dan kini, Sock Tao sedang mencari rumah baharu dan akan terus menetap di lokasi berkenaan.
Mengulas mengenai kemenangannya dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Sock Tao menegaskan beliau mahu jadi ‘wakil rakyat untuk semua penduduk KKB’.
“Saya ingin mendengar dan mencari mana masalah yang paling terdesak kepada penduduk tempatan.
“Saya akan cuba bergerak sebagai pasukan untuk menyelesaikan masalah tempatan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.
“Sayalah wakil rakyat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik.
“Saya berhasrat untuk mewakili semua penduduk Kuala Kubu Baharu,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Pejabat UMNO Bahagian Hulu Selangor pada Sabtu.
Turut hadir Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Pengerusi DAP Selangor, Gobind Singh Deo dan Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omar Din.
Dalam pada itu, Sock Tao merakamkan ucapan penghargaan kepada mendiang Lee Kee Hiong yang berdedikasi menjaga kebajikan penduduk Kuala Kubu Baharu sebelum ini.
“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh jentera daripada Pakatan Harapan dan terutamanya Barisan Nasional.
“Inilah kemenangan buat penduduk, pengundi Kuala Kubu Baharu,” ujarnya.
Pakatan Harapan (PH) menerusi calon mereka, Pang Sock Tao memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan gabungan itu berjaya mempertahakan kerusi berkenaan yang dimenangi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Ogos tahun lalu.
Sock Tao menang dengan majoriti 3,869 undi dan memperolehi 14,000 undi menewaskan tiga lagi pencabarnya.
Ridauddin Daud
Sat May 11 2024
![PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715436988_TBKKBSOCK.jpg)
Kata Sock Tao: “Sayalah wakil rakyat kepada semua penduduk Kuala Kubu Baharu tidak kira bangsa, agama dan latar belakang politik." - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
![Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722043717_Palestineathlete.jpg)
Olimpik Paris 2024: Atlet Gaza tersepit antara impian dan serangan Israel
Serangan Israel juga telah menyebabkan kematian pemain terkemuka di Gaza, termasuk juara kejohanan.
AWANI Pagi: Tutup Haji 2024, menanti lambaian 2025
Ikuti diskusi Awani PAGI pada Sabtu bersama Ketua Rombongan Haji 1445h/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman bagi membincangkan mengenai operasi haji 2024 yang ditutup secara rasmi minggu ini, sekali gus menantikan lambaian Kaabah untuk tetamu Allah pada tahun 2025.
![Bordeaux fail muflis Bordeaux fail muflis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722043252_TBFCGirondins.jpg)
Bordeaux fail muflis
Ditubuhkan pada 1881, FC Girondins de Bordeaux ialah salah satu kelab bola sepak paling terkenal di Perancis.
![Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722042268_tbmedanselera.jpg)
Medan selera Taman Lembah Keramat terbakar
Kebakaran melibatkan bangunan kelas A yang dianggarkan musnah 80 peratus.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [27 Julai 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
- Mahkamah: kes bunuh Nur Farah Kartini dan Zayn Rayyan
- Lapan kawasan rekod cuaca panas berjaga-jaga
- Sukan Olimpik Paris 2024 secara rasmi membuka tirai
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716537283_TBwargaemas.jpg)
PRK KKB: Warga emas pamer gambar Agong akan dituduh semula
Majistret menetapkan tarikh itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan tertuduh P Ramasamy, 66, tidak dibawa di mahkamah pada Jumaat.
![Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715492004_tbMustaphaYaakub.jpg)
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
![PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715436988_TBKKBSOCK.jpg)
PRK: Sock Tao sedang cari rumah, akan tinggal di KKB
Sering dipertikaikan kerana bukan anak tempatan sepanjang tempoh kempen, Pang Sock Tao memberi jaminan beliau akan menetap di Kuala Kubu Baharu selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) selesai.
![PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61713736324_HusseinOmarKhan.jpg)
PRK KKB: Polis terima 12 laporan, lima kertas siasatan dibuka
Sebanyak 12 laporan polis atas pelbagai kesalahan diterima dengan lima kertas siasatan dibuka sepanjang tempoh berkempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang berakhir hari ini.
![PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81715394709_tbPRKKKBpengundi.jpg)
PRK KKB: Berkerusi roda, bertongkat demi pilih wakil rakyat
Kerusi rodanya meluncur perlahan memasuki pusat pengundian selepas melakukan perjalanan 500 meter dari kediamannya.
![Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692419216_AhmadMaslan.jpg)
Kemenangan di PRK KKB akan jadi manifestasi perpaduan - Ahmad Maslan
Kemenangan calon PH pada PRK DUN KKB, 11 Mei ini akan menjadi manifestasi perpaduan BN dan PH dalam menghadapi PRK lain, sekiranya diadakan pada masa depan.
![PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714467865_TBRAMAHMESRACALO.jpg)
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
![Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51711928779_FahmiFadzilBackT.jpg)
Fahmi bidas kenyataan Dr Afif mengenai calon PH bagi PRK
Fahmi membidas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Dr Afif Bahardin yang dianggapnya membuat kenyataan seksis terhadap calon PH bagi PRK KKB, Pang Sock Tao.
![PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714453200_tbSockTao.jpg)
PRK KKB: Serangan peribadi tak jejas kempen calon PH
Serangan peribadi oleh pihak lawan tidak sesekali menjejaskan perjalanan kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu ini.