awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: Polis yakin aman - Khalid

Israr Khalid
Israr Khalid
17/05/2016
04:59 MYT
PRK Sungai Besar, Kuala Kangsar: Polis yakin aman - Khalid
akan memastikan ianya berada di bawah pemantauan dan kawalan pihaknya yang ketika ini sedang giat mengatur persiapan. - Gambar fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yakin penyokong parti yang bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar tidak akan bertindak melampaui batas.
Ini kerana tarikh berkempen sehingga hari mengundi, iaitu 18 Jun bagi kedua-dua PRK tersebut jatuh pada bulan Ramadan.
"Bulan puasa, bulan untuk kita bersabar dan beribadah.
"Kalau kita hayati betul-betul amalan bulan Ramadan itu saya yakin semuanya berjalan lancar," katanya selepas menyempurnakan majlis pemakaian pangkat, serah terima tugas Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) dan Pengerusi Perkep KDNKA di Bukit Aman hari ini.
Bagaimanapun beliau tidak menolak sebarang kemungkinan berlaku sedikit kekecohan memandangkan ia perkara lazim dalam setiap pilihan raya.
Beliau akan memastikan ianya berada di bawah pemantauan dan kawalan pihaknya yang ketika ini sedang giat mengatur persiapan.
Kerusi Parlimen Sungai Besar, Selangor dan Kuala Kangsar, Perak kosong berikutan dua penyandangnya Datuk Noriah Kasnon dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon PRK bagi kedua-dua kawasan parlimen jatuh serentak pada 5 Jun dan 18 Jun sebagai tarikh mengundi.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#Kuala Kangsar
#nahas helikopter
#Noriah Kasnon
#PAS
#PRK
#Sungai Besar
#Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan