Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi.
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.
Pada PRK kali ini, Pakatan Harapan (PH) telah mengumumkan Ketua Bahagian Bersatu Tanjung Piai, Karmaine Sardini, 66, sebagai calonnya untuk mempertahankan kerusi tersebut manakala Barisan Nasional (BN) pula akan mempertaruhkan bekas penyandang kerusi itu, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, 55, sebagai 'ayam tambatan' mereka.
Selain dua parti ini, turut dijangka mengetengahkan calonnya adalah Gerakan, bekas parti komponen BN, yang telah mengumumkan untuk keluar parti sejurus kekalahan BN pada PRU14.
Calon pilihan Gerakan ialah seorang peguam dan akauntan bertauliah yang juga Timbalan Setiausaha Agung Nasional dan Naib Ketua Wanita Nasional parti itu, Wendy Subramaniam, 38.
Di samping tiga parti itu, PRK kali ini juga nampaknya menarik kerana Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) juga sudah mengesahkan semalam untuk meletakkan calon iaitu Presidennya sendiri, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.
Turut dijangka bertanding adalah seorang calon Bebas yang mewakili Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) Datuk Shamsubahrin Ismail.
Tempoh pencalonan adalah selama sejam, diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding oleh pegawai pengurus pilihan raya, Zulkifly Mohd Tahir kira-kira 11 pagi.
Sehingga semalam, sebanyak 27 set borang pencalonan telah dijual oleh Suruhanjaya Pilihan Raya kepada parti-parti utama dan individu.
PRK Parlimen Tanjung Piai diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, daripada Bersatu yang mewakili PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.
Pada PRU14 Mei tahun lepas, Allahyarham Dr Md Farid memenangi kerusi itu dalam pertandingan tiga penjuru dengan memperoleh 21,254 undi menewaskan Wee (BN-MCA) dan Nordin Othman (PAS) dengan majoriti 524 undi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 01 2019
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai bermula hari ini dengan proses penamaan calon pada pukul 9 pagi. -Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Penipuan SMS 'syarikat telco' dikesan kembali aktif
Taktik penipuan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang kononnya dihantar daripada syarikat telekomunikasi terkenal dikesan kembali aktif sejak awal tahun ini.
Polis cari saksi kemalangan maut di Bagan Lalang
Polis sedang mengesan individu atau saksi yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan maut membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku di persimpangan lampu isyarat Bagan Lalang, pada Rabu.
Lelaki dipenjara dua tahun, cederakan adik kandung guna pisau pemotong daging
Seorang lelaki dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen Selayang kerana mencederakan adiknya menggunakan sebilah pisau pemotong daging.
PRK Tanjung Piai bermula dengan penamaan calon pukul 9 pagi
Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini menjadi lokasi pusat penamaan calon bagi PRK kesembilan sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tahun lepas.