SHAH ALAM : Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuka peluang kepada ahlinya yang berminat untuk menawarkan diri sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk menghantar borang pencalonan.
Timbalan Presidennya, Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat sebagai salah satu usaha dalam memulakan proses pemilihan calon yang demokratik, telus dan objektif.
Menurutnya, ia juga dapat meyakinkan bakat-bakat dalam kalangan anggota parti dan rakyat biasa untuk tampil menyahut seruan berkhidmat kepada masyarakat melalui platform PKR.
“Perkara ini sebenarnya telah bermula dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang lalu. Proses yang telus ini juga penting bagi meyakinkan pengundi bahawa PKR sebagai sebuah parti reformasi sentiasa serius untuk menampilkan calon yang berkualiti dan berwibawa.
“Oleh itu bagi menghadapi pilihan raya di enam negeri pada Ogos ini, saya menjemput mana-mana anggota PKR yang ingin menawarkan diri sebagai calon untuk menghantar borang pencalonan mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR berkata, mana-mana ahli PKR yang berminat boleh menawarkan diri sebagai calon dengan mengisi borang dalam talian yang boleh dilayari melalui pautan www.calonkeadilan.org.
Katanya, borang itu boleh diakses bermula Khamis sehingga tarikh tutup permohonan iaitu 10 Julai 2023, jam 5 petang.
“Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi ialah individu yang memohon mestilah anggota PKR yang berusia 18 tahun ke atas, tidak muflis yang telah disahkan oleh Jabatan Insolvensi dan tidak memiliki rekod jenayah, selain daripada sabitan melibatkan kepentingan rakyat.
“Mereka juga mesti mengisytiharkan harta serta bersedia untuk menandatangani bon ikrar setia sebagai wakil rakyat PKR,” ujar beliau.
Tambah Rafizi, kepimpinan PKR di semua peringkat juga boleh menamakan calon-calon yang telah dipersetujui di peringkat jawatankuasa masing-masing untuk diangkat kepada pertimbangan Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat.
Proses ini katanya, terbuka kepada Jawatankuasa Cabang bagi kawasan yang ditandingi PKR, Majlis Pimpinan AMK Pusat (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) PKR.
“Memahami sentimen pengundi yang mahukan parti-parti menampilkan calon yang berkualiti, kita juga telah menetapkan sebuah proses saringan calon yang adil dan telus.
“Proses saringan ini akan dikendalikan oleh sebuah Jawatankuasa Calon yang dipengerusikan oleh saya selaku Pengarah Pilihan Raya dan dianggotai oleh semua Naib-Naib Presiden PKR seramai tujuh orang.
“Seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti, kuasa untuk memilih calon adalah hak mutlak presiden. Justeru, Jawatankuasa Calon bertanggungjawab untuk membuat penapisan dan menyenarai pendek tiga calon terbaik untuk diangkat kepada Presiden PKR yang seterusnya akan memuktamadkan satu nama sebagai calon,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jul 06 2023
Rafizi Ramli berkata, langkah itu dibuat sebagai salah satu usaha dalam memulakan proses pemilihan calon yang demokratik, telus dan objektif. - Gambar fail
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).