awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Amanah Johor bantu kempen di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu

Bernama
Bernama
15/07/2023
11:51 MYT
PRN: Amanah Johor bantu kempen di Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub ditemui media selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah Bersama Zero Healthcare Sdn Bhd, hari ini. - Foto BERNAMA
JOHOR BAHRU: Amanah Johor akan menggerakkan kira-kira 800 anggotanya ke Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu bagi membantu kempen pilihan raya negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.
Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata Selangor, Pulau Pinang dan Kedah pula akan dibantu oleh jentera parti itu dari negeri lain yang tidak terlibat dengan PRN.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Inisiatif Payung Rahmah bersama Zero Healthcare Sdn Bhd di Paradigm Mall di sini hari ini.
Mengulas kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa gabungan itu mendapat lebih 100 kerusi untuk ditandingi, Salahuddin berkata ia tidak menjadi masalah kepada Amanah kerana persefahaman sudah dicapai dengan setiap parti yang terlibat.
"Dari segi prinsip, kita sudah tetapkan iaitu setiap parti akan bertanding di kerusi dimenangi (sebelum ini), jadi tidak timbul sebarang masalah kerana perkara itu telah diputuskan di peringkat kepimpinan tertinggi.
"UMNO memang bertanding lebih banyak kerusi kerana mereka menang lebih banyak. Ambil sahaja contoh di Negeri Sembilan, banyak kerusi mereka menang sedangkan Amanah hanya tiga," kata Pengerusi Pakatan Harapan Johor itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanah
#Salahuddin Ayub
#PRN
#bantu kempen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan