awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon PH, BN adalah calon saya - PM Anwar

Bernama
Bernama
09/08/2023
16:15 MYT
PRN: Calon PH, BN adalah calon saya - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Program Ceramah Jelajah Perpaduan MADANI di Kampung Telemong malam ini. - Foto BERNAMA
KUALA BERANG: Permuafakatan yang jitu antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) membolehkan gabungan itu mengekalkan kepimpinan di peringkat pusat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar berkata perkara itu dibuktikan apabila beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sama sekali tidak bersikap selektif untuk hanya turun berkempen memenangkan calon masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
"Calon PH adalah calon saya. Calon BN adalah calon saya. Saya bersikap begitu. Sebab itu di mana calon PH dan BN bertanding, saya akan turun kempen. Ahmad Zahid pun sama.
Kami tidak memilih. Kerana kita nak muafakat (antara PH dan BN) betul-betul kuat sebab dengan bersatunya PH dan BN, kita boleh sapu bersih Malaysia ini," katanya sewaktu berucap dalam siri ceramah di program Jelajah Perpaduan MADANI di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Telemong, di sini malam ini.
Pada masa sama, Anwar sekali lagi sekeras-kerasnya menyangkal sentimen dimainkan pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan beliau hari ini adalah kerajaan anti-Islam.
"Dia kata kita DAP. Saya ikut apa? Dia (DAP) ada 40 ahli Parlimen. Cina (pengundi Cina) sokong dia. Kita kerjasama lah dengan dia. Bukan kita ikut dia.
Saya bos (Perdana Menteri). Ahmad Zahid pula Timbalan Perdana Menteri. Tidak mungkin UMNO nak khianat. Bagaimana sekali pun orang kritik, UMNO masih pertahankan prinsip Melayu dan Islam," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#calon PH BN
#permuafakatan
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan