awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
Ahli Parlimen Filipina pertimbang usul pemecatan terhadap Presiden Marcos
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Calon PN didakwa kahwin di negara jiran, Ahmad Samsuri yakin tak jejas undi

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2023
12:00 MYT
PRN: Calon PN didakwa kahwin di negara jiran, Ahmad Samsuri yakin tak jejas undi
Ahmad Samsuri berkata, beliau yakin pengundi kini semakin bijak untuk menilai maklumat yang diterima sama ada ia benar atau sekadar tohmahan demi kepentingan tertentu. - Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Krisis rumah tangga dialami calon Perikatan Nasional (PN) dari Pas di Terengganu dijangka tidak menjejaskan sokongan pengundi terhadap gabungan parti itu pada pilihan raya negeri (PRN) dan pilihan raya kecil (PRK) bulan depan.
Pengerusi PN Terengganu, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau yakin pengundi kini semakin bijak untuk menilai maklumat yang diterima sama ada ia benar atau sekadar tohmahan demi kepentingan tertentu.
"Saya rasa pengundi sekarang lebih sedar, cermat dan lebih mengetahui mana satu mainan yang berlaku di media sosial.
"Mana satu masalah keluarga, mana satu isu sebenar dan isu pokok dalam satu satu pilihan raya. Pada kami ia tidak memberi kesan pada pengundi," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, seorang calon dari Pas didakwa berdepan masalah rumah tangga setelah berkahwin dengan seorang wanita di negara jiran pada tahun lalu.
Perkara itu didedahkan sendiri oleh seorang wanita yang mendakwa isteri kepada calon tersebut kepada pihak media pada Sabtu.
Wanita berkenaan yang merupakan seorang kontraktor mendakwa dia digantung tidak bertali oleh suaminya yang merupakan salah seorang calon kerusi DUN sebuah parti politik pada PRN kali ini.
Beliau mendakwa, suaminya yang berusia lewat 40-an bertindak mendiamkan diri selepas perkahwinan mereka di negara jiran diketahui isteri pertama lelaki tersebut pada Oktober tahun lalu.
Sementara itu, ahli politik itu ketika ditemui pemberita sebaik selesai proses penamaan calon hanya menjawab ringkas ketika ditanya berhubung perkara itu.
"Insya-Allah, kita akan mengambil tindakan," ujarnya ringkas. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Terengganu
#masalah rumah tangga
#kahwin dua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan