awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SUKAN
Sarjit tuntut Speedy Tigers tingkat kecergasan
DUNIA
Taufan Erick meningkat ke kategori 3, ancam pantai Pasifik Mexico
MALAYSIA
Rasuah lebuh raya: SPRM tiba di kediaman Tan Sri ambil keterangan kali ketiga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/08/2023
07:25 MYT
PRN: Calon PN Seberang Jaya dakwa PH langgar peraturan
Dakwanya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian. - Gambar/ Sinar Harian
SEBERANG JAYA: Calon Perikatan Nasional (PN) Seberang Jaya, Izhar Shah Arif Shah kesal dengan tindakan pihak lawan yang didakwa mengedarkan cetakan kertas seakan-akan kertas undi untuk diedarkan kepada orang ramai pada hari pengundian.
Dakwanya, cetakan kertas itu dikatakan diedarkan di khemah milik Pakatan Harapan (PH) berhampiran pusat pengundian.
"Saya amat kecewa dan terkilan apabila mendapati ada barung dan khemah milik PH yang memiliki atau mengedarkan cetakan berupa kertas undi termasuklah di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya.
"Perbuatan kotor ini adalah amat jelas menyalahi Seksyen 3(1)(j) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954," dakwanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.
IKUTI PERKEMBANGAN PRN 6 NEGERI SECARA LANGSUNG DI SINI
LIHAT KEPUTUSAN PRN RASMI/ TAK RASMI DI SINI
Izhar berkata, perbuatan itu juga boleh disifatkan sebagai aktiviti berkempen di luar tempoh berkempen yang menyalahi Seksyen 24B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Menurutnya, laporan kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis akan dilakukan.
Beliau menyeru semua penyokong PN termasuklah ejen mengundi dan mengira agar memberi sepenuh perhatian dalam melawan tindakan yang melanggar undang-undang ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#taktik kotor
#langgar peraturan
#kertas undi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami