awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'PRN ini mungkin peluang terakhir Azmin' - Shahril

Sinar Harian
Sinar Harian
29/07/2023
23:15 MYT
'PRN ini mungkin peluang terakhir Azmin' - Shahril
Shahril Sufian (kanan) bersama Khairy Jamaluddin dalam program podcast Keluar Sekejap, pada Sabtu.
SHAH ALAM: Penglibatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini dilihat menjadi peluang terakhir beliau untuk kekal relevan dalam arena politik.
Bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan berpendapat, karier Mohamed Azmin pada masa hadapan tidak berupaya menjadikan bekas Menteri Besar Selangor itu sebagai figura disegani ramai, lebih-lebih lagi pelbagai kontroversi dikaitkan dengannya sebelum ini, antaranya Langkah Sheraton.
“Saya menganggap ini adalah peluang terakhir buat Azmin walaupun beliau hanya pernah kalah satu kali pada pilihan raya lalu, tetapi saya tidak rasa kerjaya beliau akan bertahan dalam dunia politik.
“Sekiranya beliau kalah kali ini, dua perkara akan berlaku, politik negara akan meninggalkannya atau tercicir berbanding beberapa pemimpin lain,” katanya pada Sabtu.
Beliau berkata demikian menerusi Program Podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan bersama bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Pada penamaan calon pada Sabtu, Mohamed Azmin diumumkan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang menentang Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari iaitu Juwairiya Zulkifli daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin berpandangan masih ada sinar buat bekas Ahli Parlimen Gombak itu kerana terdapat banyak kemungkinan yang boleh berlaku dalam politik.
“Saya dah belajar banyak perkara yang mana walaupun dia (Azmin) kalah beberapa kali, saya rasa dunia politik ini tidak boleh kata bahawa kerjaya seseorang itu akan habis.
“Ini kerana kita sudah pernah melihat kebangkitan kerjaya orang yang kita rasakan sudah khalas (berakhir),” ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#kerjaya politik Azmin Ali
#PRN
#Shahril Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan