awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Isu pertikaian calon perkara biasa' - Anthony Loke

Sinar Harian
Sinar Harian
27/07/2023
06:36 MYT
PRN: 'Isu pertikaian calon perkara biasa' - Anthony Loke
Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, buat masa ini tumpuan diberikan ke arah kerja kementerian dalam usaha membangunkan ekonomi negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyifatkan isu pertikaian calon parti yang akan bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) akan datang sebagai perkara biasa.
Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata, buat masa ini tumpuan diberikan ke arah kerja kementerian dalam usaha membangunkan ekonomi negara.
"Isu-isu (pertikaian calon) itu memang perkara biasa. Mereka akan bagi pandangan dan sebagainya tetapi saya rasa akan beri fokus pada kerja kita untuk mengembangkan semula ekonomi negara supaya dapat memberikan kesejahteraan kepada rakyat.
"Tentang hari ini kita fokus pada kerangka Ekonomi Madani, fokus pada perkara-perkara yang positif," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Peluncuran Memperkasa Ekonomi Madani di Pejabat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Bukit Kiara pada Khamis.
Pada Selasa, media melaporkan bahawa DAP menggugurkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P Ramasamy daripada menjadi calon parti tersebut dalam PRN akan datang.
Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang itu, tidak dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai yang dimenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Sementara itu, Ramasamy pada Rabu mendakwa terdapat 'tangan ghaib' yang menjadi dalang di sebalik pemilihan calon parti itu untuk diletakkan pada PRN akan datang.
Menurutnya, perkara itu jelas menunjukkan bahawa semua yang menyokong Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow telah dipotong daripada senarai calon seperti yang diumumkan oleh Anthony. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Pulau Pinang
#Anthony Loke
#pertikaian calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan