awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin

Bernama
Bernama
08/02/2023
10:37 MYT
PRN: Jawatankuasa Pilihan Raya perlu perinci dasar kerjasama politik - Aminuddin
Aminuddin berkata perincian itu perlu supaya dasar yang dipersetujui di peringkat pusat dapat diteruskan di peringkat negeri dan dilaksanakan dengan teratur.- Fail/BERNAMA
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun mencadangkan supaya Jawatankuasa Pilihan Raya yang ditubuhkan Sekretariat Kerajaan Perpaduan memperincikan dasar kerjasama politik yang diinginkan untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata ia perlu supaya dasar yang dipersetujui di peringkat pusat dapat diteruskan di peringkat negeri dan dilaksanakan dengan teratur.
"Kita akur (keputusan) di peringkat pusat tetapi kita melihat lebih baik jawatankuasa itu memperincikan dasar yang perlu dipatuhi supaya tidak menimbulkan isu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat EXCO di Wisma Negeri di sini hari ini.
Media semalam melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Sekretariat Kerajaan Perpaduan menubuhkan tiga jawatankuasa termasuk Jawatankuasa Pilihan Raya bagi merangka strategi menghadapi PRN, di samping Jawatankuasa Strategi dan Jawatankuasa Pemantauan Agenda Kerajaan dan Politik.
Selain Negeri Sembilan, negeri lain yang akan mengadakan PRN tahun ini ialah Selangor, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, PH Negeri Sembilan memenangi 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala Barisan Nasional, 16 kerusi.
Mengulas kenyataan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang berpendapat Perikatan Nasional (PN) mampu menawan Negeri Sembilan atau Selangor sekiranya Khairy Jamaluddin bertanding atas tiket parti itu pada PRN nanti, Aminuddin berkata sesiapa sahaja boleh bertanding di negeri itu.
"Terpulanglah kepadanya, negeri ini meraikan demokrasi, semua cakap dia (Khairy) boleh menang, kalau tanya diri saya, saya pun boleh menang, itu politik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#Jawatankuasa Pilihan Raya
#Aminuddin Harun
#Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan