SENAI: Lafaz ikrar dan sumpah antirasuah yang dilakukan kesemua 56 calon Perikatan Nasional adalah bukti parti tersebut komited dan serius untuk membentuk kerajaan yang lebih berintegriti.
Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, rakyat Johor digesa untuk tidak mengulangi apa yang berlaku di peringkat Persekutuan, di mana pemimpin politik yang sudah didapati bersalah, masih bergerak bebas.
Tambahnya, sekiranya Perikatan Nasional terpilih untuk membentuk kerajaan baharu, mereka akan memastikan amalan politik serta pentadbiran dilakukan dengan lebih bersih, berbanding parti-parti lain.
“Sebagai seorang Islam, bersumpah itu adalah satu yang perkara yang dianggap penting, ia satu bukti kesungguhan parti Perikatan Nasional untuk menentang rasuah. Sebagai seorang Islam, kalau saya langgar, takut saya.
“Sebab itu kita buat begitu (ikrar dan akujanji integriti), menunjukkan kepada rakyat di negeri Johor, kesediaan kita, sebagai petanda kesungguhan kita untuk memerangi rasuah dan penyelewengan,” katanya lagi.
BACA SEMUA BERHUBUNG PRN JOHOR DI SINI
Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian selepas selesai menyaksikan Majlis Ikrar dan Tandatangan Akujanji Integriti Calon Perikatan Nasional, yang diketuai bekas Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal di sini hari ini.
Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin berkata, Bangsa Johor diharap dapat menjadikan Pilihan Raya Negeri ini sebagai satu permulaan untuk membentuk kerajaan berasaskan nilai integriti dan lebih prihatin rakyat.
“Anda (calon PN) semua adalah benteng utama untuk menyekat kemaraan semula kumpulan kleptokrat, yang berasaskan rasuah dan penyelewengan. At all costs, we must stop the return of kleptocrats, stop the abuse of powers (kita perlu memerangi kleptokrat, hentikan salah guna kuasa).
“Saya yakin dengan ikrar dan akujanji, maka kita akan pertingkatkan imej, sebagai gabungan yang berpegang pada prinsip integriti, dan akan diyakini seluruh rakyat Johor. Apabila sampai 12 Mac nanti, mereka tidak ragu untuk berikan undi dan menyokong anda calon Perikatan Nasional,” tambahnya.
Firdaus Azil
Thu Mar 03 2022
Sekiranya Perikatan Nasional terpilih untuk membentuk kerajaan baharu, mereka akan memastikan amalan politik serta pentadbiran dilakukan dengan lebih bersih, berbanding parti-parti lain. - Foto Astro AWANI
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Kekejaman zionis: Penemuan kubur besar di Hospital Gaza perlu disiasat
Pasukan pertahanan awam Palestin gesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyiasat penemuan hampir 400 mayat dari kubur besar di hospital di Gaza selepas tentera Israel meninggalkan fasiliti kesihatan itu.
Israel perlu dikenakan sekatan senjata dan minyak tanpa syarat
Wakil Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Francesca Albanese, menyeru sekatan senjata dan minyak tanpa syarat dikenakan ke atas Israel, susulan tindakan rejim itu melanggar undang-undang antarabangsa.
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan bebas tebusan
Israel dakwa Hamas tarik diri daripada rundingan pembebasan tebusan menyebabkan usaha menamatkan krisis di Gaza gagal.
Suhu cecah 42 celsius, Bangladesh tutup semua sekolah sehingga Sabtu
Untuk rekod, ini merupakan tahun kedua berturut-turut pihak berkuasa Bangladesh mengambil langkah sama akibat cuaca ekstrem.
[TERKINI] Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Mengulas penangguhan sekali lagi misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza , Profesor Hubungan Antarabangsa Di Fakulti Undang-Undang Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Prof Dr Mohd Afandi Salleh berpandangan, proses pendaftaran baharu bagi sesebuah kapal di negara lain mungkin akan memakan lebih banyak masa.
[TERKINI] Penangguhan pelayaran, taktik Israel gagalakan misi - FCC
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalitin (FFC), Dr Fauziah Hasan sifatkan penangguhan misi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk terjejas di Gaza merupakan satu taktik biasa yang dilakukan rejim Israel.
[TERKINI] Pelayaran ditangguh lagi, Israel didakwa wujudkan kekacauan
Misi pelayaran Break The Siege Freedom Flotilla To Gaza sekali lagi ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.