JOHOR BAHRU: Parti politik utama yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor telah mengumumkan calon masing-masing pada Khamis, yang bakal menyaksikan beberapa pertembungan sengit di beberapa 'kerusi panas' Dewan Undangan Negeri (DUN).
Barisan Nasional (BN) bakal menampilkan lebih 70 peratus muka baharu di 56 kerusi DUN yang dipertandingkan, dengan UMNO menampilkan 37 calon, MCA (15) dan MIC (empat).
Perikatan Nasional (PN) yang akan bertanding di kesemua 56 kerusi DUN pada PRN Johor ini pula mempertaruhkan 41 muka baharu dan mengekalkan 15 calon yang pernah bertanding pada pilihan raya sebelum ini.
Calon-calon PN terdiri daripada 33 wakil Bersatu, Pas (15) dan Gerakan (lapan).
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula mempertaruhkan 42 calon bagi PRN Johor, dengan 54 peratus daripada mereka terdiri daripada calon berusia di bawah 50 tahun, termasuk calon termuda berumur 26 tahun.
Antara 'kerusi panas' yang bakal menjadi tumpuan termasuklah DUN Bukit Kepong yang bakal menyaksikan bekas Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal daripada PN, yang akan bertembung dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang Ismail Mohamed daripada BN, selain calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Nurafiqah M Zulkifli dan Md Taib Md Suhut (Pejuang).
DUN Machap pula bakal menyaksikan pertembungan antara Ahli Parlimen Sri Gading dan Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Sharuddin Md Salleh, dengan bekas Exco kerajaan negeri Datuk Onn Hafiz Ghazi (BN) selain pengetua Sekolah Menengah Agama Arab Almasriyah Azlisham Azahar (PN) dan R. Sangaran (MUDA).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), DUN itu menyaksikan penyandangnya Abd Taib Abu Bakar dari UMNO hanya menang dengan majoriti 404 undi ke atas Ahmad Ahem (PH-Bersatu) dan Azlisham (PAS).
Manakala di DUN Kempas, Ketua Wanita PKR Johor Napsiah Khamis Maharan bakal bertembung dengan Nornekman Osman daripada Pejuang, yang merupakan anak sulung kepada ADUN Kempas dan bekas Menteri Besar Johor Allahyarham Datuk Osman Sapian.
Persaingan di DUN yang terletak di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru itu turut menyaksikan penyertaan daripada UMNO, yang menampilkan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pulai Datuk Ramlee Bohani (BN), manakala PN pula meletakkan Nur Faizal Abdullah sebagai calonnya.
Kerusi DUN Larkin pula akan menyaksikan pertembungan lima penjuru di antara gabungan kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan MUDA dengan Rasid Abu Bakar daripada MUDA, bakal bertembung dengan calon PKR Dr Zamil Najwah Arbain, selain Ketua Pemuda UMNO Johor Hairi Md Shah, bekas wartawan dan setiausaha akhbar Zulkifli Bujang (PN), serta Mohamad Riadz Mohamad Hashim (Pejuang).
Manakala di DUN Benut pula, Pengerusi BN Johor dan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad bakal ditentang oleh Ahli Dewan Negara Senator Datuk Isa Ab Hamid (PN), Ahli Majlis Pimpinan PKR Johor Haniff @ Ghazali Hosman dan Iskandar Noor Ibrahim (Pejuang).
Turut dijangka menjadi tumpuan pada PRN Johor kali ini adalah kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dengan majoriti kurang 500 undi pada PRU14 lalu iaitu, Pemanis (PH-PKR dengan 363 undi), Sungai Balang (BN-UMNO, 174 undi), Semerah (PH-PKR, 98 undi) dan Layang-Layang (BN-UMNO, 364 undi).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 24 2022
Antara 'kerusi panas' yang bakal menjadi tumpuan termasuklah DUN Bukit Kepong.
Op Selamat 22 catat penurunan kes kemalangan, kematian
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata jumlah kes kemalangan menurun sebanyak 8,862 kes berbanding 8,989 kes pada tahun lepas.
AWANI Pagi: Joseph Kurup dalam kenangan
Temuramah bersama Edwin Laimin, Ketua Pemuda PBRS sempena mengenan Joseph Kurup dalam kenangan.
Bayern, Real akhiri cabaran Eropah Arsenal, City
Anak buah Thomas Tuchel mara ke pusingan empat terbaik, selepas menang 1-0 ke atas skuad kendalian Mikel Arteta.
Niaga AWANI: Revolutionizing finance with seamless expense management solutions
The challenges of managing expenses efficiently and meeting regulatory requirements are universal concerns for businesses. Let's explore on how Swipey, a fintech firm, addresses regulatory concerns and its role in promoting transparency and accountability in financial management.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Joseph Kurup pemimpin yang setia berkhidmat untuk Sabah
Joseph, 79, yang memiliki latar belakang sebagai pengamal undang-undang, dilahirkan di Tambunan pada 15 Dis 1944.
Pelepasan misi kemanusiaan Break the Seige of Gaza Freedom Flotilla
Aktivis kemanusiaan dari seluruh dunia bakal berkumpul di Istanbul, Turki pada 18 April ini (Khamis) untuk terlibat dalam persiapan akhir sempena misi Break The Seige of Gaza Freedom Flotilla.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
Mereka yang terlibat dalam misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Untuk perkembangan lanjut, kita bersama rakan setugas, Nursyazwani Saiful Sham.
TPM, Jemaah Menteri rakam ucapan takziah kepada Arthur sekeluarga
Mendiang Joseph Kurup disifatkan seorang teman yang sentiasa bersemangat mendukung obor perjuangan parti tatkala susah dan senang.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh lawat Turki hujung minggu ini - Erdogan
Presiden Turki akan menjadi tuan rumah kepada pemimpin kanan Hamas itu.
Iran-Israel: Tindak balas Israel berisiko heret wilayah dalam perang - Jordan
Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi berkata, tindakan balas Israel terhadap serangan Iran boleh membawa risiko sebenar mengheret seluruh wilayah itu ke dalam perang yang dahsyat.
AS, EU rancang sekat eksport minyak Iran
Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) merancang mengenakan sekatan baharu ke atas Iran yang bakal mengurangkan kapasiti negara itu untuk mengeksport minyak berikutan serangannya terhadap Israel minggu lalu.
Bicara kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin bermula 16 Okt ini
Mahkamah Tinggi menetapkan 10 hari bermula 16 Okt ini untuk mendengar kes saman difailkan Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin.
Pembersihan UMNO: Hasni terasa seolah dibuli selepas berikan terbaik
Perkara tersebut diputuskan selepas hanya kerana beliau menyokong cadangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan dalam pemilihan nanti.
Kejayaan BN pada PRN Johor jadi penanda aras gerak kerja PRU15
Kejayaan Barisan Nasional (BN) memenangi 40 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac lepas menjadi penanda aras kepada gerak kerja BN Johor pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
PRU15: Jika ramai keluar mengundi, UMNO akan 'hanyut di Sungai Muar' - Muhyiddin
Beliau berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah kerana ramai pengundi UMNO turun mengundi ketika itu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.
Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.
Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.
Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.