Skip to main content

Politik

PRN Johor berakhir, mari rapatkan saf - Onn Hafiz

Onn Hafiz, PRN Johor
Tegas Onn Hafiz, mandat yang diberikan kepada BN adalah untuk seluruh Bangsa Johor, tanpa mengira sama ada rakyat menyokong gabungan itu atau sebaliknya - Foto tangkap layar video AWANI
Advertisement

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi menyeru agar mengetepikan perbezaan politik susulan berakhirnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sekali gus bersama-sama memberi tumpuan kepada usaha membina masa depan Johor.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu berkata, mandat yang diberikan kepada gabungan itu perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan berkhidmat kepada seluruh Bangsa Johor tanpa mengira latar belakang kaum atau sokongan politik.

"Musim PRN Johor telah berakhir. Sekarang tanggungjawab kita adalah untuk membina Johor yang semua gambarkan dan impikan bersama, insya-Allah.

"Mari kita rapatkan saf, buangkan yang keruh, ambil yang jernih," katanya semasa sidang media di ibu pejabat UMNO Johor, Johor Bahru hari ini.

Hadir sama, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Onn Hafiz, mandat yang diberikan kepada BN adalah untuk seluruh Bangsa Johor, tanpa mengira sama ada rakyat menyokong gabungan itu atau sebaliknya.

"Bila kita sudah menang, kita akan jaga semua Bangsa Johor, Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Kita semua ialah Bangsa Johor," katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada rakyat Johor atas sokongan yang diberikan sepanjang proses pilihan raya.

Ujarnya lagi, kerajaan negeri akan terus komited menjayakan agenda Maju Johor demi kesejahteraan dan kemakmuran seluruh rakyat.

Setakat keputusan tidak rasmi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam kemas kini di laman Facebook memaklumkan BN mendahului di 48 DUN daripada 56 kerusi yang dipertandingkan.

Must Watch Video

Advertisement