JOHOR BAHRU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor akan mengadakan mesyuarat bersama semua Ketua Bahagian dan jentera parti itu bagi membincangkan secara terperinci persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN).

Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal dalam kenyataan hari ini berkata selain itu, pertemuan dan perbincangan bersama Pas dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) selaku komponen dalam Perikatan Nasional negeri juga akan diadakan bagi tujuan sama.

Semalam, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada PRN.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Bersatu yang ketika itu di bawah payung Pakatan Harapan, bertanding 17 kerusi DUN Johor dan memenangi sembilan kerusi.

BACA SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI