awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: BN akan kemuka petisyen DUN Bukit Batu

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/03/2022
09:42 MYT
PRN Johor: BN akan kemuka petisyen DUN Bukit Batu
Vigneswaran berkata pihaknya telah membuat bantahan awal sebelum ini. - Gambar/ Bernama
SUNGAI SIPUT: Barisan Nasional (BN) akan mengemukakan petisyen pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu kerana undi rosak jauh lebih tinggi daripada majoriti.
Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata keputusan kawasan itu menyaksikan calon BN daripada MIC, S Suppayah tewas dengan majoriti 137 undi, berbanding undi rosak yang difahamkan lebih 600.
Beliau berkata, pihaknya telah membuat bantahan awal sebelum ini.
"Kita telah membuat bantahan tetapi oleh kerana saya diberitahu bahawa bantahan itu harus dibuat melalui saluran-saluran tersebut, maka kita akan membuat rayuan kepada mahkamah supaya kita dapat memastikan bahawa pengiraan undi itu dibuat secara betul," katanya.
Beliau ditemui selepas majlis penyampaian bantuan tabung pendidikan India Negeri Perak di Sungai Siput, pada Ahad.
KEPUTUSAN PILIHAN RAYA NEGERI JOHOR 2022
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Sabtu, membuat pengiraan semula kertas undi bagi DUN Bukit Batu.
Difahamkan, pengiraan semula itu dilakukan selepas diminta BN apabila keputusan tidak rasmi menyaksikan calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 137 undi.
Sen Sern mendapat 9,439 undi, manakala, S Suppayah, memperoleh 9,302 undi.
Calon Perikatan Nasional (PN), Tan Heng Choon memperoleh 3,989 undi dan calon Parti Warisan Sabah (Warisan), Lee Ming Wen mendapat 1,349 undi.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#DUN Bukit Batu
#petisyen pilihan raya
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan