JOHOR BAHRU: Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggaram Ter Hwa Kong disahkan positif COVID-19 setelah menerima keputusan ujian Tindak Balas Berantai Polimerase (RT-PCR) hari ini.
Sehubungan itu, Ter dalam satu kenyataan berkata semua kempen fizikal melibatkannya dibatalkan serta- merta.
Katanya selepas mengetahui menjadi kontak rapat kepada seseorang yang disahkan positif COVID-19, beliau dan ahli pasukan kempennya menjalani ujian saringan dan kuarantin kendiri.
"Saya turut membuat keputusan segera untuk membatalkan semua program yang telah dijadualkan serta-merta," katanya sambil menambah akan menjalani prosedur susulan seperti ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Beliau turut memohon maaf kepada semua pihak terkesan dan meminta individu yang menjadi kontak rapat dengannya pada beberapa hari lepas supaya menjalani ujian saringan COVID-19, sekiranya mengalami gejala.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi kerusi DUN Penggaram menyaksikan saingan empat penjuru antara Ter dan Sia Wee Yet (PN), Gan Peck Cheng (PH) serta Zahari Osman (Bebas).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14, DUN Penggaram dimenangi Gan daripada DAP selepas mengalahkan calon BN, Kang Ben Kuan dengan majoriti 17,205 undian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 04 2022
Ter dalam satu kenyataan berkata semua kempen fizikal melibatkannya dibatalkan serta- merta. - Foto BERNAMA
Harga jersi Liverpool naik melambung, Nike berdepan kecaman netizen
Nike telah dipersalahkan atas kenaikan harga jersi baharu Liverpool berikutan pelancarannya semalam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu hutang calon PN, pimpinan Bersatu diberi penjelasan
Pimpinan Bersatu sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang.
Tulang kambing terlekat pada jari kanak-kanak
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika mangsa yang berusia lapan tahun sedang menikmati juadah kambing perap.
'Hentikan boikot KK Mart' - Mufti Perak
Katanya tindakan boikot itu sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulallah SAW.
UNESCO hadiahkan semua wartawan Gaza anugerah PBB
Hadiah Kebebasan Akhbar Sedunia memberi penghormatan kepada sumbangan cemerlang kepada pembelaan atau promosi kebebasan akhbar.
Piala Thomas: Ayuh, 'pecahkan' tembok besar China!
Rexy Mainaky menuntut barisan pemain negara untuk tampil garang bagi melenyapkan sorakan penyokong tuan rumah.
Kumpulan Naza ambil alih 100 peratus pegangan Berjaya Enviro
Pengambilalihan ini sekali gus menjadikan Kumpulan Naza sebagai pemain utama sektor pengurusan sisa.
Ringgit melonjak 225 mata asas semasa dibuka
Ringgit melonjak 225 mata asas dan mengukuh berbanding dolar AS ketika dibuka pada Jumaat.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) antaranya ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.
Program Pra Tahfiz Kemas mampu lahirkan murid prasekolah kuasai 4M
Program Tabika Pra Tahfiz Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang bermula secara rasmi tahun ini mampu melahirkan murid prasekolah yang menguasai 4M iaitu mengaji, menghafal, menaakul (membuat pertim
PRN Johor: Calon BN DUN Penggaram positif COVID-19
Ter dalam satu kenyataan berkata semua kempen fizikal melibatkannya dibatalkan serta- merta.