awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Isu siapa bantu Felda tidak perlu dibangkitkan - Zahidi

Bernama
Bernama
07/03/2022
20:26 MYT
PRN Johor: Isu siapa bantu Felda tidak perlu dibangkitkan - Zahidi
Zahidi berkata, semua pihak terutamanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memainkan peranan membantu warga Felda sejak ia ditubuhkan semasa pentadbiran BN. - Foto BERNAMA
KOTA TINGGI: Isu siapa yang membantu Felda tidak seharusnya dibangkitkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Beliau yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ini kerana semua pihak terutamanya Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memainkan peranan membantu warga Felda sejak ia ditubuhkan semasa pentadbiran BN.
"Isu ini tercetus apabila Azmin (Ketua Penerangan Perikatan Nasional Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) dan Najib (bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak) ada perbalahan tetapi apa yang penting apabila (menjadi) kerajaan bersama, semuanya bantu Felda. Tak semestinya Azmin, tak semestinya Najib kerana Felda ini telah wujud lama dan banyak kita bantu, termasuk saya sendiri ketika dalam Jawatankuasa Felda dulu.
"Jadi janganlah semasa pilihan raya ini dakwa siapa yang membantu (Felda)" katanya ketika ditemui pemberita semasa menghadiri Program Santai Bersama Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Panti, Hahasrin Hashim, di Pusat Daerah Mengundi Bandar Tenggara Utara di sini malam tadi.
Sebelum ini, Mohamed Azmin mencabar Najib untuk berdebat mengenai isu Felda tetapi Ahli Parlimen Pekan itu mempelawa Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin turut serta dalam debat mengenai Felda itu bersama Mohamed Azmin.
Ditanya sama ada sentimen yang dimainkan pihak lawan akan menjejaskan peluang BN memenangi PRN Johor, Zahidi berkata ia tidak memberi kesan kepada parti gabungan itu kerana negeri ini merupakan kubu kuat BN.
"Johor maju semasa (pentadbiran) BN...tetapi semasa Pakatan Harapan (PH) Johor tak maju. Maka kali ini kita minta rakyat beri kekuatan balik kepada BN supaya dapat memajukan Johor," katanya.
Mengulas hasrat bekas wakil rakyat Bersatu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Lama Rosleli Jahari ingin menyertai UMNO, Zahidi berkata perkara itu dilihat sebagai satu perkembangan yang baik buat UMNO.
"Sekarang ramai pemimpin Bersatu dan Pejuang (Parti Pejuang Tanah Air) ada berjumpa dengan kita untuk mereka menyertai UMNO semula dan kita lihat ini satu perkembangan yang baik sebab parti serpihan ini maknanya tidak ke mana.
Lihat negara maju tak banyak parti tetapi di Malaysia terlalu banyak parti jadi negara banyak parti ini tak maju. Jadi, kalau boleh kita minta orang Melayu ini minta supaya bersatulah dan ini juga hasrat nak disampaikan oleh saya kepada pemimpin dan bekas pemimpin yang keluar UMNO dan nak sertai UMNO semula," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Zahidi Zainul Abidin
#Felda
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan