awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Keahlian Najib Lep dalam Pas terbatal

Sinar Harian
Sinar Harian
28/02/2022
02:10 MYT
PRN Johor: Keahlian Najib Lep dalam Pas terbatal
Keahlian Najib Lep dalam Pas terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. - Foto fail/Sinar Harian
KEAHLIAN penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Pasir, Najib Lep dalam Pas terbatal secara automatik susulan bertanding sebagai calon Bebas di kerusi itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Memetik laporan portal FMT pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan Najib bertentangan dengan arahan dan keputusan parti.
“Saya tegas bahawa semua ahli parti mesti akur keputusan parti.
“Tindakan beliau (Najib) secara automatik telah gugurkan diri sebagai ahli parti dan semua ahli, penyokong Pas diminta memberi undi kepada calon Pas mewakili PN dalam PRN Johor termasuk di DUN Bukit Pasir,” katanya.
Terdahulu media melaporkan, Najib membuat kejutan dengan mencalonkan dirinya sebagai calon Bebas di kerusi DUN Bukit Pasir dan berdepan pertembungan enam penjuru termasuk melawan calon PN yang juga daripada komponen Pas selain bersaing dengan calon Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH), Pejuang) dan seorang lagi calon Bebas.
Najib bersedia untuk menerima sebarang tindakan daripada pimpinan parti kerana melanggar arahan dan mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Bebas di kerusi DUN berkenaan.
Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, peringkat awal parti telah mencalonkan Najib di DUN lain selepas membuat kajian kemampuannya memenangi kawasan yang dipindahkan, bagaimanapun keputusan itu tolak.
“Parti telah mencalonkan beliau di DUN lain yang lebih (baik) baginya (untuk menang) dalam kajian yang dilakukan, namun beliau menolak dan ingin kekal di kawasan lama dan ini bercanggah dengan keputusan parti yang mengambil kira semua faktor.
“Sebagai bekas Naib Yang Dipertua kawasan, beliau harus mematuhi keputusan parti yang terbukti manfaat untuk beliau," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Najib Lep
#DUN Bukit Pasir
#keahlian terbatal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan